Bila isu 'Melayu' digunakan

on 05 Disember 2010

Wah penat hari ni! Customer ramai gila.. Settle je kemas kedai, customer terus masuk tak henti-henti. Masa ni timbul dalam hati 'nak je aku baling kerusi-kerusi kat customer ni' . Haha jahat tak? Tapi korang trylah jadi waiter, baru tahu azab dia macam mana. Nak rehat tak dapat, berdiri tak duduk-duduk hampir 8 jam, siapa tak panas?

Sekarang ni barulah kid faham kenapa nenek, arwah mak and mak korang sebagai suri rumah ni cepat panas.. Pantang kita buat hal sikit je confirm dapat ceramah free. Sebabnya diaorang ni dah penat gila.. Dari awal pagi mak kita ni bangun sediakan breakfast untuk kita, lepas tu kemas rumah dan mungkin lepas tu terus direct masak untuk makan tengah hari, nak layan anak-anak lagi.. Hm berbalik pada waiter tadi, kalau korang jadi waiter, mungkin korang akan fikir lagi jauh dari apa kid fikir. Heh.

Ok mukadimah je dah panjang. Korang suka tak baca entri panjang-panjang? Nak tahu jugak ni.

                                   ______________________________________

Berbalik pada topik. Actually kid tak suka bila ada yang gunakan satu isu sebagai escapism/jalan keluar untuk elak dari kesalahan sendiri. Rasanya siapa-siapa pun tak sukalah. Contohnya macam :


Si A : Bang, bang drive bas ni laju sangatlah. Perlahan sedikit boleh tak? Bukan apa, kalau-kalau excident nanti macam mana?
Si B : Ah bisinglah kau ni! Aku bawak bas dah 5 tahun, pengalaman banyak kat dada! Bawak laju macam ni takkan excident! Kau apa tahu?!


Macam tu lah. Kid berani jamin memang takda sesiapa yang suka. Gunakan something untuk lari dari salah sendiri. Salah sendiri tapi salahkan orang lain. Bongok betul. Dalam hal kid pulak, benda ni jadi 4 hari lepas. Ada satu customer ni order tosai. Tosai ni untuk pengetahuan korang, boleh je cepat siap kalau kuali dia memang betul-betul dah panas.. Lagi 1 barulah sedap kalau dah betul-betul dibakar dengan sempurna. Cuma masa tu kuali lambat pulak panas. Lagipun masa tu, si pembuat tosai tu tengah siapkan order customer lain. Dialah masak, dialah buat roti. So kenalah tunggu sekejap kan?

Si customer ni dengan takda rasa sabar ( pakai tudung je lebih ) tanya 'Tosai dah siap ke dik?' Soalan yang sama diajukan 3,4 kali. Kalau koranglah, korang rasa annoying tak soalan yang sama ditanya banyak-banyak kali macam kita ni pekak, tak faham bahasa. Jadi dari rasa annoying tu, timbul rasa panas tapi kid control.. Fikir hati customer punya pasal.. Cuma kid jawap dalam nada yang sopan tapi tegas. 'Sabar makcik, mana ada makanan 2,3 minit order terus siap.. Lagipun orang lain ada order jugak..' 

Dari jawapan tu, terus je kena lecturer. Customer ni cakap tak hormatlah, kurang ajar lah. Paling tak boleh tahan 'Dengan melayu pun kau nak kurang ajar!' Hai makcik, ni bukan pasal melayu lah..
                                   
                                          _________________________________

Hormat-menghormati : Rasanya kita semua dah diajar, dididik, nak orang hormat kita, hormat orang lain dulu. Dalam hal ni, customer hormat tak pada pekerja kedai makan ni? Kalau diri sendiri tak hormat orang lain, nama orang lain nak hormat pada kita memang maaflah. Walaupun orang tu lebih tua dari kita. Kalau hormat pun, confirm tak ikhlas. Kid rasa ramai lagi tak faham konsep ni : Memberi dan menerima, menerima dan memberi.

Isu melayu : Apa kena mengena melayu dalam hal ni? Mentaliti hampas, tipikal kebanyakkan orang zaman sekarang ialah masih lagi nak jadikan kaum sebagai alasan.. Lagi-lagi kalau bergaduh, bertumbuk, tendang sana sini lepas tu mengata pasal kaum. Macam mana nak selesai masalah kalau macam tu.. Pulak tu bagi alasan mengarut, takda kena mengena langsung dengan hal ni. Ni tahun 2010 lah. Relevan lagi ke isu kaum ni? Kalau ada yang sibuk berkompang pasal 1 malaysia tu tapi masih berfikiran macam ni, baik lupakan jelah.
                                             
                                               ______________________________





Entri ni bukan nak mengutuk ke apa, sekadar hasil sekelumit rasa tak puas hati kid.. And harap-harap korang yang baca boleh dapat somethinglah dari entri ni. Untuk kebaikkan kita bersama. Hm patutnya makin tua, makin luas pemikiran. Yelah orang kata, 'banyak makan garam' kan? Tapi sekarang ni bagi kid, makan banyak garam boleh kena darah tinggi. Boleh macam tu? Huhu.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...