Cara blogwalking tu kenalah betul

on 06 Disember 2010

Cuti jugak esok akhirnya, lepas dah berhempas-pulas kerja tak henti tanpa cuti.. Yeah! Cuma kid kalau cuti, gaji takda. Hm teringat kata-kata orang dulu-dulu, ' nak sesuatu kena korbankan sesuatu'. Korang pulak macam mana? Dalam usaha nak mencapai sesuatu tu berapa besar pengorbanan korang dah buat dan hasilnya macam mana? Ok ke K.O? Jangan giveup dahla..

Entri kali ni kid nak sentuh sedikit pasal Blogwaking dan sedikit pasal chatbox ni. Kita mula dengan chatbox dulu. Macam yang kita tahu, chatbox ni memang tak boleh takda dalam sesuatu blog. Sebab dari sinilah kita tahu ada trafik ke tak, ada jejak baru ke tak ataupun takda langsung.

Untuk blogger yang memang betul-betul baru dalam blogging ni (kalau korang tersesat kat blog ni lah) kid sarankan korang pasang benda alah ni.. Selain dari kegunaan yang macam kid cakap kat atas, fungsi chatbox ni ialah untuk korang blogwalking : Pergi blog ke blog dan tinggalkan link korang, owner blog tu pulak akan pergi blog korang dan tinggalkan link dia kat chatbox korang. Sama-sama datang, sama-sama berkomunikasi, sama-sama up trafik. Nampak tak konsep dia?

Teringat dulu masa 2, 3 bulan blogging, takda langsung orang datang.. Masa tu kid tak fikir pasal feedback entri tapi nak bukti jelas masuk ke tak trafik ke blog ni. Pelik dan pelik dan pelik.. Tu jelah yang bermain kat fikiran kid masa tu. Rasa macam jadi orang mereng tengah bercakap sorang-sorang pulak. Haha..

                                     ____________________________________



Kali ni kita masuk pulak pasal blogwaking. 'Ok dah pasang chatbox, dah boleh blogwalking ke?' Ops nanti dulu.. Ada beberapa perkara korang kena tahu sebelum blogwalking. Kiranya perkara ni macam etikalah.. Actually ramai tak amik pusing benda ni. Even blogger yang dah lama pun kid perasan ada gak buat.. Cuma siapalah kid nak tegur orang lama kan. Jadi sebelum orang meluat dengan kita, baik korang jangan buat mistakes tu.


5 etika blogwalking

  • Guna bahasa yang mesra : Kalau korang nak owner blog tu datang blog korang balik lah. Tak kiralah blog korang tu buruk ke cantik ke, tapi kalau bahasa mesra, memang owner tak teragak-agak untuk balas balik budi korang. Bagi salam dulu ke.. Ni ada yang kid tengok, 'Weh datang la blog aku sekarang' , 'Kalau taknak datang blog aku, memang kau tak guna la..'  Jangan merungut kalau diaorang tak singgah balik.
  • Menfaatkan penggunaan smiley : Rasa-rasa korang kalau korang dapat jejak macam ni : 'singgah...' atau ' singgah :) '.. Yang mana satu ok korang rasa? Yang mana mesra?
  • Linkkan terus ke entri baru : Bila korang dah ada entri baru, letak link entri baru tu kat shoutbox blog blogger lain.. Jadi bila diaorang datang ke blog korang, dengan automatiknya diaorang akan masuk ke page entri baru korang.. Bukan muka depan! Kalau korang dapat tangkap 1st impression trafik dengan entri baru korang takpalah jugak kan atau kalau korang ni terkenal ke, lain cerita.. Memang trafik akan klik sendiri punya. Lagi 1, kemajuan teknologi sekarang memang buatkan kita jadi malas.. Malas nak tekan-tekan, semuanya nak disedia automatik. Fakta ni. Haha.. Korang kena fikir gak, ada trafik yang tak kisah dengan reka layout, sebab diaorang pentingkan isi, tapi ada trafik yang terlalu memandang tinggi reka layout.. So kalau reka layout tak menarik, cepat-cepat diaorang akan pangkah. So better korang bawak terus trafik ke entri baru korang.
  • Jangan komen : Maksud kat sini, jangan la komen entri blogger kat chatbox.. Adui.. Ramai buat mistakes macam ni.. Kita nak blogwalking, tinggalkan link kita.. Kalau nak komen, komen lah kat entri tu.. Bila korang letak feedback korang kat tempat yang betul, blogger tu rasalah jugak berbaloi dia habiskan masa taip entri tu. So kalau nak hargai, beri cara yang betul. Memang annoying tahu kalau tempat tinggalkan jejak jadi tempat orang post komen entri.
  • Jangan spam : Nak tinggalkan message, tinggalkan betul-betul.. Ni ada yang taip 1 huruf je kat message tu.. Secara tak langsung blogger tu akan cakap ' kau guna bahasa apa ni? ' , ' aku tak faham bahasa alien, aku manusia! '  
                                        ______________________________________



Kid tengok banyak yang guna shoutbox dan cbox. Tapi secara peribadi, kid rasakan cbox lah yang memang konsisten prestasi dia. Setakat ni tak pernah nampak lagi cbox down. Tak macam shoutbox, kadang-kadang down, kadang-kadang ok. Bila dia down tu memang menaikkan darah ke kepala. Trafik nak tinggalkan jejak tak dapat. Huhu. Cuma shoutbox ni bagi kid, nampak elegan sedikit ar.. Tapi korang pentingkan luaran atau faedah masa panjang? Jadi pandai-pandailah. Tak pun nak senang letak je sekali dua shoutbox macam kid. Heh.

So tu lah dia. Memang khas lah entri ni untuk memang betul-betul freshie lagi dalam blogging ni. Harap dapat jugaklah membantu korang even tak sampai 100% pun. Kata-kata terakhir : Selamat berblogging!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...