Apa ciri-ciri lelaki idaman perempuan malaya?

on 07 Jun 2011

Apa ciri-ciri lelaki idaman perempuan malaya eh? - Tanya member guwa. Memandangkan guwa ni suka perhati pe'el manusia dan ada sekelumit pengalaman dalam hal ni, guwa tolong jawapkan jugaklah. Guwa buat entri sekali sebab mana tahu hang (lelaki) pun tertanya apakah ciri tu.

Guwa perasan perempuan sekarang ni bukan pilih lelaki atas ciri-ciri yang common. Tapi 'X-factor' yang membezakan lelaki dengan lelaki lain. Mesti punya. 'X-factor' tulah buat perempuan cair. Hurmm whatever~

                                                                  ++++++++++++

Sebelum tu kita usha dulu ciri-ciri yang common sebab ciri-ciri ni pun penting. Nak harapkan 'X-factor' je tak jalan gak.  

Suruhan tuhan yang pertama -- Segala suruhan tuhan lelaki tu akan utamakan dulu berbanding hal-hal lain. Kriteria macam ni kan, menunjukkan lelaki tu berpegang pada agama. Bukan sekadar islam dari nama. Lelaki akan membimbing isteri dan anak-anak bila dah berumah tangga nanti. Kalau lelaki kantoi bab ni, perempuan akan fikir berkali-kali nak lanjutkan relationship tu ke alam berumah-tangga nanti.

Lupakan ego -- Lelaki dengan ego memang kawan rapat. Yang buat perempuan bengkek, susah mengaku salah sendiri atau susah terima pandangan orang lain. Guwa pun tak faham kenapa. Yang pastinya guwa bukan macam tu. Keh keh.

Kalau lelaki pandai kawal sikap ni, perempuan akan anggap hang seorang yang fleksibel. Tak payah fikir jauh..  Hang suka ke orang yang susah mengaku salah sendiri, susah terima pendapat orang lain?

Pelawok -- Pelawok pelawok pelawok.. Maksud point ni ada sense of humor. Perempuan memang suka lelaki ada sense of humor. Tak percaya, hang tanyalah mana-mana perempuan.. Sense of humor ni, bukan lawak plastik. Bukan lawak :

Si A : Eh hari ni kita makan kat mana?

Si B : Makan kat mulut la!

Ok? Bukan lawak budus macam tu. Hurmm guwa rasa tak perlu guwa cerita panjang lebar point ni. Hang pun tahu macam mana.  

Perhatian --  Tanya mana-mana perempuan pasal ciri lelaki idaman, jawapan yang pasti keluar : i nak lelaki yang sayang i sepenuh hati. Dan perhatian ni termasuk dalam kategori sayang. Perhatian yang macam mana tu? Macam call dia, mesej dia, peka dengan pendapat dia, caring dan etc.

Perhatian yang secukup rasa membuatkan perempuan rasa diri dia dihargai. Memang susah perempuan nak lepaskan kau kalau ada point ni. Serius guwa tak kelentong.

                                                                      +++++++++++++

Orait cukuplah guwa terangkan 4 point common ciri lelaki idaman perempuan malaya. Ok tadi guwa ada cakap pasal 'X-factor' betul? X-factor gua nak cakap sini ialah dari segi imej dengan rupa. X-factor nilah yang menjadi rebutan gadis-gadis malaya. Guwa ada letak contoh gambar sekali. Moh usha.


                                                  Tomok -- Muka hensem, jambu


                                        Shaheizy Sam -- Rambut panjang dan bajet cool


           Aaron aziz -- Style ala bad guy. Boleh bayang tak bad guy tapi romantik dan caring? 
Tulah perempuan suka.


                                         Akid azami -- Tinggi, muka sweet, suka senyum
   


*Er.. Yang last tu pelakon baru ke?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...