Kad Jemputan Kahwin Irma Hasmie

on 17 Jun 2012

Kad jemputan kahwin irma hasmie! Alhamdullillah, dengan edaran kad kahwin ni bermaksud irma dan tunangnya, redza akan berkahwin tak lama lagi. Pada yang tak tahu, irma dan redza dah pun bertunang pada bulan 24 mac 2012 lepas. Aku pasti memang berdebar-debar pasangan ni menanti hari mereka bergelar suami isteri  yang sah walaupun tarikh mereka disatukan ialah pada 1 julai bulan depan.

kad jemputan majlis kahwin irma hasmie

Kalau nak cerita pasal design kad kahwin ni, pada aku dah cukup cun walaupun simple. Memang nampak lain dari kad kahwin sekarang yang asyik-asyik guna gambar tanjak, keris dan tepak sirih. Takde idea lain ke? Boring! Hehe. Untuk makluman korang, majlis pernikahan pasangan ini akan dilangsungkan di dewan persidangan putrajaya. Majlis bersanding pula akan berlangsung di maeps, serdang. Tarikh majlis ini ialah seperti yang aku kata mula-mula tadi. Cuma jam berapa bermula aku tak dapat pastikan. Apa-apa pun yang tinggal berdekatan dengan lokasi majlis ni, dipersilakan datang untuk memeriahkan lagi majlis. 

Orang kata kalau dah jodoh, memang takkan kemana perginya. Jadi, tahniah diucapkan pada irma dan redza yang bakal berkahwin tak lama lagi. Pada peminat irma, doakan supaya perancangan diaorang ni berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Insyaallah. 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...