Setuju tak lesen memandu renew ikut tarikh lahir?

on 21 Julai 2011

Salam.. Selamat pagi.. Alhamdullillah akhirnya dapat jugak sikit masa free untuk aku update ini blog. Kebelakangan ni aku korek idung jelah baca entri baru korang. Heh.. Sabo je lahh.. Bz banget kebelakangan ni.. Eh apa motif aku korek idung sambil baca entri baru korang.. Har har..

Ok mari straight to the point lah. Tadi sedang aku merewang ke kosmo online, aku jumpa artikal ni. Aku pun copy lah sikit :

"Langkah menyamakan tarikh luput lesen memandu dengan tarikh lahir bertujuan mengelak kes gagal memperbaharui atas alasan terlupa. Inisiatif menyamakan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir pemilik lesen dijangka dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan lagi" - Kosmo

Yang ada lesen tu, setuju Jpj buat macam ni?

Bagi aku, aku memang 100% setuju lah. Sebab ada antara kita ni, sonang bonar lupa.. Ye, salah kita sendiri la. Ambik mudah je pasal lesen2 ni. So dengan plan baru Jpj ni, atleast bila tiba hari jadi kita automatik kita terus ingat - "Eh lesen aku nak kene renew lah!" Tapi kan, aku terfikir jugak.. Dah alang-alang hari jadi kita, apa kata jpj bagi je renew free? Sebagai hadiah hari jadi? Hah hah..

Apa pulak pendapat korang pasal ni eh?

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...