Rita Rudaini Akan Tolak Tuntutan Aidil Zafuan

on 18 June 2012

Rita rudaini nampaknya akan tolak tuntutan aidil zafuan! Ya kita masih lagi dengan isu cerai ni memandangkan ramai yang ikut perkembangan rita rudaini. Berdasarkan sumber, prosiding hari ini ialah untuk rita memberikan penjelasan tentang tuntutan pindah rumah dari aidil sebelum ini. 

rita rudaini bercerai























Tapi aidil zafuan dilaporkan gagal menghadirkan diri untuk sesi prosiding ni. Mungkin sibuk atau tak bersedia lagi, aku pun tak tahu. Sekadar imbas balik, 16 mei lepas aidil mengemukakan tuntutan berpindah ke rumahnya di usj 1 kepada rita dan anak-anak sebagai tanda taat pada perintah suami. Dan tak lama lepas tu, keluar kenyataan dari rita rudaini tuntutan aidil kelakar dan kebudak-budakkan.

Berbalik pada topik. Disebabkan aidil tak dapat menghadirkan diri, peguam rita telah meminta tarikh baru untuk prosiding ini dan hakim telah menetapkan prosiding ini akan berlangsung semula pada 9 julai 2012. Peguam rita jugak sempat memaklumkan pada pihak media yang hadir iaitu sebab tuntutan aidil ditolak akan diberitahu selepas selesai prosiding ni nanti. 

Anyway, harap-harapnya rita tak salah dalam membuat keputusan dalam hal ni. Dan harapnya isu ni akan selesai pada tarikh yang ditetapkan. Pada peminat rita, doakan yang terbaik untuk beliau. Kredit sumber : rOtikaya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...