Anzalna Vs Neelofa : Saya Pasti Akan Tampilkan Bukti

on 18 Jun 2012

Anzalna vs neelofa : Saya pasti akan tampilkan bukti. Itulah kata anzalna tentang tuntutan neelofa di akhbar biPop semalam. Memang hangat isu ni walaupun diaorang berdua ni taklah terkenal mana pun. Pada yang tak tahu, tuntutan lofa itu ialah meminta anzalna menyediakan bukti bila anzalna menuduh lofa mereka fanpage facebook "kami benci anzalna" dan beberapa lagi perkara lain yang pada lofa berbaur fitnah terhadap diri dia.

neelofa vs anzalna

Bawah ini aku kongsikan sedikit jawapan anzalna tentang isu ini di bipop ahad lepas :

Saya sahut cabaran (tuntutan) lofa ini). Sekarang saya sedang bekerjasama dengan SKMM supaya segala bukti yang dipadam dapat dikembalikan dan supaya saya dapat memperkukuhkan lagi bukti tentang semua dakwaan saya terhadap lofa hari tu. Apa yang didedahkan biPop hari itu ialah cerita betul. Saya ada bukti. Cuma beri saya masa untuk saya kumpulkan semua bukti secukupnya. Insyaallah dengan kerjasama SKMM akan memudahkan lagi proses pengumpulan bukti seperti yang diminta pihak lofa. Saya akan berusaha sehingga semua bukti dapat dikumpul dan ditampilkan pada pihak lofa.

Agak pelik bila baca kenyataan anzalna tu sebab sebelum ni tak silap aku dia kata ada print screen bukti-bukti tu. Hmm mungkin bukti-bukti tu tak cukup jelas kot? Gambar kabur. Anyway dengan bantuan SKMM mungkin bukti yang dipadam dapat dikembalikan tapi rasanya, kalau dah sampai tahap nak cari siapa yang buat fanpage tu kemungkinan besar memang takkan dapatlah. Mustahil rasanya. 

Apa tindakan anzala sekiranya tiada bukti kukuh neelofa yang cipta fanpage tu?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...