Dynas Selamat Lahirkan Anak Kedua

on 18 Jun 2012

Kalau korang peminat dynas, mesti dah tahu berita gembira ni. Pada yang tak tahu, dynas (pelakon) telah selamat melahirkan anak kedua beliau pada jumaat lepas! Alhamdullillah. Anak dynas yang pertama, khayra khalyssa ialah perempuan manakala anak kedua ini pulak ialah lelaki.


Cuma tiada maklumat yang diterima tentang ahli baru keluarga dynas ni seperti nama penuh, berat, pukul berapa bayi tu selamat dilahirkan, etc sebab mungkin dynas belum bersedia lagi untuk dedahkannya pada umum. Yang menariknya, tarikh lahir bayi ini sama dengan tarikh lahir suami dynas. Kata beliau lagi di akhbar harian metro :

Tanyalah mana-mana wanita, mesti berdebar bila tarikh bersalin semakin hampir. Rasa itu semakin kuat bila belum bersalin meskipun melepasi tarikh jangkaan doktor. Namun lambat beberapa hari itu perkara biasa. 


Berdasarkan pemeriksaan, doktor memberitahu kemungkinan besar jantina bayi dalam kandungan lelaki. Ketika itu suami saya melompat keriangan kerana teruja. Bukan dia saja teruja, saya pun sama. Bila kawan bercerita mengenai kerenah anak lelaki ni, saya rasa tak sabar pula nak lihat rupa dan ragam anak kedua saya. Khyra juga tidak sabar-sabar mahu melihat adiknya. Setiap hari dia bertanya bila adiknya akan lahir. Walaupun masih kecil, dia menunjukkan ciri-ciri seorang kakak. 


Apa-apa pun, dengan kehadiran ahli baru ni semestinya akan memeriahkan lagi keadaan dynas sekeluarga. Tahniah diucapkan pada dynas. Kalau gambar bayi tu dah diupload nanti aku akan update artikel ini. 
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

♥ Nana BamBam ♥ berkata...

eh comey nye anak dynass... :P


18 Jun, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...