Zubir : Kenyataan Anzalna Pada Neelofa Diterbitkan Kerana Persetujuan Bersama

on 15 Jun 2012

Sebelum ni anzalna mengatakan zubir, wartawan berita minggu memaksa beliau untuk menerbitkan kenyataan neelofa busuk hati. Tapi hari ni di mStar online, zubir mendakwa kenyataan tu diterbitkan di atas persetujuan bersama, bukan paksaan seperti yang dikatakan anzalna. 

kenyataan anzalna diterbitkan kerana persetujuan bersama

Zubir jugak mengatakan dia mempunyai rakaman interview anzalna tentang isu ni sebagai bukti yang kenyataan anzalna tu diterbitkan bukan secara paksaan. Dia jugak berkata dia cuma memujuk anzalna, bukan paksa dan anzalna pun bersetuju kenyataan itu diterbitkan. Kata zubir di mStar online :

"Disebabkan masing-masing dah bersetuju barulah kenyataan itu diterbitkan. Saya tak paksa dia luahkan krisis dia dengan neelofa dan saya tak paksa dia untuk keluarkan kenyataan tu. Saya cuma pujuk dan selepas itu dia pun bersetuju kenyataan itu diterbitkan. Pada saya ini bukan satu isu sebab saya ada rakaman temuramah anzalna sebagai bukti."

Disebabkan kenyataan itu neelofa bercadang akan mengambil tindakan undang-undang pada anzalna sekiranya anzalna gagal menyediakan bukti kenapa dia mengeluarkan kenyataan tu. Sekiranya gagal, anzalna masih lagi boleh terselamat dari tindakan undang-undang sekiranya dia membuat sidang permohonan maaf secara terbuka. Hurm rasanya lepas lofa bercadang nak ambil tindakan undang-undang, pihak yang terlibat dah mula kecut perut. Masing-masing macam dah mula main tarik-tarik tali. Tu pada aku. Apa pula pendapat korang?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...