Lagu yang best dilayan waktu pagi

on 27 April 2011

Lagu-lagu kat radio tak best! Sebab semuanya jiwang je. Silap-silap pagi-pagi dah nangis. Hahah. Jadi aku layan apa yang ada dalam lappy aku.. Ni aku share antara lagu yang aku layan waktu pagi :

Avril lavigne - What the hell

Sebab aku suka lagu ni, muzik dia. Upbeat! Kau dengar pun rasa fun je. Tak macam lagu-lagu kat radio yang jiwang, tangkap lentok tu.. Ngok ngek sungguh.

Black eyed peas - Meet me halfway

Ni pun sama. Dengan beat ala-ala techno sedikit, berupaya bunuh mood malas kita.

As i lay dying - Confined

Masuk part keras sikit. Siapa minat metal mesti kenal band ni. Tapi kalau kau tak minat metal pun apa salahnya kalau nak dengar? Lagu yang menaikkan semangat juang kau. Sesuai jugak didengar bila kau tengah marah, atau takde semangat dengan kehidupan.

Anuar Zain dan Ellina - Suasanan di hari raya 

Aku dengar lagu ni ok! Walaupun lama lagi nak raya. Keh keh.. Mesti pernah dengar lagu ni kan? Alah lirik lagu dia - "Berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasaaa"  Lagu yang membawa mood ceria. Bila dah dengar lagu ni, suasana yang suram tu kau akan rasa macam meriah je. Umpama tengah raya. Serius best lagu ni!

Lagu-lagu jiwang sini takde ek.. Sebab bila dengar lagu sedih pagi-pagi, serius akan menghancurkan mood kau. Tu pasallah kau rasa malas je tiap-tiap pagi. Lagu yang aku listkan tu, semuanya membawa mood yang positif. Tak percaya kau downloadlah lagu-lagu tu dan dengar.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...