Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pihaknya sedang berbincang dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM); Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta polis bagi mengesan individu menghina Islam melalui Facebook.
“Kami sedang bekerjasama dengan agensi terbabit bagi membendung isu menghina Islam yang makin ketara sejak kebelakangan ini dan hanya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan.
“Kita beri peringatan kepada pihak yang sengaja timbulkan kemarahan orang Islam dengan cara membuat provokasi melalui laman sosial bahawa kita sebenarnya sedang memantau mereka,”- berita harian
Sepandai-pandai monyet bergayut kat dahan, pasti ada dahan patah menyebabkan monyet tu tersembam ke tanah. Hal ni bukan sekadar pasal agama dengan politik je.. Kalau kau ada buruk2 kan orang lain, nama kau confirm ada dalam list kalau orang tu buat report. Jangan main gila
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan