Hukum Ajak Suami Isteri Tonton Video Lucah

on 13 Julai 2012

Apakah hukum ajak suami atau isteri tonton video lucah? Rata-rata pasangan suami isteri yang menonton video lucah akan jawap 'untuk belajar'. Aku rasa keadaan ini kemungkinan besar dah jadi mandat bagi sesetengah pasangan suami isteri yang beragama islam di negara ini. Persoalan dia sekarang, apa hukum dia dalam islam? Haram atau diharuskan? 

hukum ajak suami isteri tonton video lucah

Berdasarkan blog zaharuddin.net, ada seorang pembaca yang mengajukan soalan ini pada ustaz zaharuddin, admin blog tersebut : 

Ustaz, saya nak tahu hukum mengajak pasangan menonton video lucah untuk mempelajari cara melakukan seks. Dalam kes saya, saya ajak isteri saya. Isteri saya tak berapa pandai dalam teknik bersetubuh dan satu lagi tujuan ialah untuk merangsang nafsu dia dahulu sebelum kami melakukan hubungan intim. Macam mana ustaz?

Jawapan : Hukumnya haram walaupun niatnya baik. Haram kerana :

1. Islam mengharamkan umatnya melihat aurat orang lain lebih-lebih lagi bahagian sulit mereka. Bila menonton video lucah, sudah tentu anda dan isteri akan nampak aurat mereka.

2. Islam juga tidak menggalakkan suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya. Dengan hukum ini, bermakna melihat kemaluan pelakon di dalam video tersebut lagilah ditegah di dalam islam.

3. Video-video ini dilakonkan oleh mereka yang bukan beragama islam jadi sudah tentu cara mereka melakukan seks berlawanan dengan disiplin hubungan intim yang diterapkan dalam islam. Ini termasuklah mendatangi pasangan dengan cara yang diharamkan. Jadi meniru teknik-teknik ini adalah haram.

Satu contoh di sini, islam tidak menggalakkan suami isteri terang-terangan bertelanjang bogel bila bersama sepertima yang disebutkan dalam terjemahan hadith ibn majah - "Apabila kamu bersama, janganlah kamu telanjang bogel." (Maksudnya, perlu pakai selimut.)

4. Dikhuatiri anda dan pasangan akan terbayang pelakon-pelakon video lucah tersebut ketika sedang melakukan hubungan intim. Sekiranya terbayang, ianya jatuh dalam haram perkara lain. 

5. Nabi SAW melarang kita menceritakan perkara sulit orang lain. Sebagaimana terjemahan sabda nabi SAW - "janganlah seorang isteri menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya sehingga suaminya melihat aurat wanita itu".  

Kesimpulannya, haram tonton video lucah untuk menaikkan nafsu syahwat pasangan atau sekadar bertujuan untuk belajar. Beli sahaja buku panduan seks dalam islam yang menunjukan lukisan bergambar posisi-posisi hubungan intim sekiranya ingin belajar. 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...