Semakan Keputusan Permohonan Ipta Lepasan Stpm 2012

on 12 Julai 2012

Semakan keputusan permohonan ke ipta bagi lepasan stpm 2012. Pemohon boleh buat semakan keputusan permohonan ipta bermula 13 julai 2012. Cara untuk membuat penyemakan untuk mengetahui permohonan korang diluluskan atau tak, ada dua cara iaitu melalui online atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).  

semakan permohonan ke ipta lepasan stpm 2012

Untuk semak cara online, pemohon perlu melayari laman web rasmi kemasukan ke ipta. Sekiranya kelajuan internet pemohon bermasalah atau pemohon mempunyai sebarang pertanyaan, pemohon bolehlah menghubungi terus talian hotline atau helpline : 03-8870 6767 atau 03-8870 6777. Melalui sistem pesanan ringkas pula, pemohon perlu taip : UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888. 

Sebelum aku terlupa, waktu semakan bermula jam 12 tengah hari. Pada yang permohonannya diluluskan, tahniah diucapkan kepada korang. Pada yang tak berjaya, jangan bersedih. Kejayaan seseorang bukan terletak pada segulung ijazah. 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...