Memaparkan catatan dengan label pendidikan di malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendidikan di malaysia. Papar semua catatan

Semakan Rayuan Ke Ipta 2012

on 10 Ogos 2012

Semakan rayuan ke ipta 2012. Khas untuk pelajar lepasan stpm, matrikulasi, dan asasi, semakan rayuan ke ipta 2012 boleh mula disemak bermula pada 12 ogos 2012 hari jumaat (hari ini), jam 12 tengah hari. Layari laman web rasmi kemasukan ke institut pengajian awam iaitu upu.mohe.gov.my untuk membuat penyemakan. 

semakan rayuan ke ipta 2012


Semestinya calon berdebar untuk mengetahui keputusan rayuan. Sedikit maklumat tentang semakan rayuan tahun ini, hanya calon yang tidak mendapat tawaran ke ipta sebelum ini sahaja (kerana tak setuju dengan tawaran program pengajian luar pilihan dan melibatkan pngk 2.8 ke atas) yang dipilih. 

Calon juga boleh membuat semakan rayuan melalui sms. Taip sahaja UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888. Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan, calon bolehlah menghubungi talian hotline 03 8870 6767, atau talian helpline 03 8870 6777, atau talian am 03 8870 6755/6766. 

Tahniah kepada calon yang dipilih masuk ke ipta. Semoga berjaya kelak. 

Semakan Keputusan Permohonan Ipta Lepasan Stpm 2012

on 12 Julai 2012

Semakan keputusan permohonan ke ipta bagi lepasan stpm 2012. Pemohon boleh buat semakan keputusan permohonan ipta bermula 13 julai 2012. Cara untuk membuat penyemakan untuk mengetahui permohonan korang diluluskan atau tak, ada dua cara iaitu melalui online atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).  

semakan permohonan ke ipta lepasan stpm 2012

Untuk semak cara online, pemohon perlu melayari laman web rasmi kemasukan ke ipta. Sekiranya kelajuan internet pemohon bermasalah atau pemohon mempunyai sebarang pertanyaan, pemohon bolehlah menghubungi terus talian hotline atau helpline : 03-8870 6767 atau 03-8870 6777. Melalui sistem pesanan ringkas pula, pemohon perlu taip : UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888. 

Sebelum aku terlupa, waktu semakan bermula jam 12 tengah hari. Pada yang permohonannya diluluskan, tahniah diucapkan kepada korang. Pada yang tak berjaya, jangan bersedih. Kejayaan seseorang bukan terletak pada segulung ijazah. 

Semakan Keputusan Permohonan Maktab Perguruan Kplspm 2012

on 04 Jun 2012

Info semakan tentang keputusan permohonan maktab perguruan kplspm sesi 2012. Kepada yang lulus sesi temuduga kplspm sebelum ini, korang bolehlah membuat menyemak keputusan permohonan dengan melayari portal web kementerian pelajaran malaysia. Segala maklumat yang perlu korang tahu ada kat situ. Tarikh semakan bermula pada 5 jun 2012. 

Kat bawah ni aku ada sediakan pautan link ke portal web kementerian pelajaran malaysia. Korang cuma perlu klik je pautan link tu dan korang akan dibawa ke web tersebut. 

Klik link sebelah ni -> Aplikasi permohonan program perguruan

Juga aku nak minta pertolongan korang dengan klik button share atau like pada artikel ini supaya calon yang yang membuat permohonan seperti korang tahu bagaimana cara untuk semak keputusan mereka. Tolong ye?

*Update 5 jun 2012 : Pada korang yang tertanya-tanya kenapa tak boleh semak keputusan di aplikasi permohonan tu, sebenarnya semakan ditangguhkan ke 11 jun 2012 dan waktu semak ialah selepas jam 2 petang. Aku sendiri pun baru je dapat tahu berita ni lepas merujuk pada beberapa sumber. Pihak kpm ni pun satu, bagitahu ler kat laman web semakan program ni ditangguhkan. Aduh..

Semakan ILKA Dan TEVT 30 Mei 2012

on 30 Mei 2012

Info semakan tentang ilka dan tevt 30 mei 2012 lepasan spm! Artikel khas kepada yang memohon ilka dan tevt. Sekiranya korang ada buat permohonan untuk ke salah satu institut tersebut, semakan keputusan sudah boleh disemak bermula pada hari ini, 30 mei 2012. Semakan boleh dibuat di laman web kementerian pengajian tinggi malaysia dan korang cuma klik pautan link yang aku sediakan dibawah untuk ke laman web tu.

Klik = Link web kementerian pengajian tinggi malaysia

Korang jugak boleh menyemak keputusan permohonan melalui sms :

Taip UPU TEVTILKA [NOKP] dan hantar ke 15888.

Bantuan talian (Hotline) 03-88706767 (Helpline) 03-8870677.

Pemohona cuma boleh menyemak keputusan pada hari ini dan untuk mencetak surat tawaran boleh dibuat bermula pada 4 jun 2012.

Debat Ptptn 2012 Video

on 23 Mei 2012

Video ketika debat ptptn 2012! Macam yang dijanjikan, semalam berlangsung acara debat ptptn 2012. Yang tak sempat menonton, ni video dia. Rasanya acara debat ni memang paling ditunggu-tunggu oleh mereka yang bergelar pelajar ipta/ipts atau pun bekas pelajar institut yang aku kata tadi. Almaklumlah, ada antara penuntut atau bekas penuntut merasakan ptptn tak perlu dibayar semula.

debat ptptn 2012 video

Pada aku acara debat ptpt 2012 antara rafizi ramli dan khairy jamaluddin yang dianjurkan sinar harian ni memang menarik sekali. Menarik maksud aku bila tengok rafizi ramli dan khairy jamaluddin berdebat. Ada beberapa point yang cantik dan bijak keluar dari kedua-dua pihak pasal isu ptpt ni. Rasanya kedua-dua pihak walaupun dari parti yang berbeza, masing-masing cuba untuk menyelesaikan kemelut isu ni. Bagus, bagus.


Jadi tanpa buang masa, tonton video rakaman debat ptptn 2012 bawah ni dengan klik read more :

Semakan Kenaikan Pangkat Guru 2012

on 17 Mei 2012

Info semakan tentang kenaikan pangkat guru 2012 secara online - Tahniah pada mereka yang bergelar guru di seluruh malaysia kerana kemungkinan besar korang dah pun dinaikkan pangkat. Untuk mengetahui status pangkat korang sebagai guru, korang bolehlah ke laman web kementeri pelajaran malaysia untuk membuat semakan. Kenaikan pangkat ini dilaksanakan selama beberapa bulan iaitu bermula dari 1 jun hingga 30 disember 2012.

Keputusan boleh disemak bermula 16 mei 2012. Korang cuma perlu klik je pautan link kat bawah ni dan korang akan terus dibawa ke laman web kpm.

Klik -> Aplikasi semakan kenaikan pangkat guru tahun 2012

Semakan Panggilan Temuduga Pismp Jun 2012

on 16 Mei 2012

Semakan panggilan temuduga pismp sesi jun 2012 untuk program ijazah sarjana muda perguruan kepujian kelulusan UEC dan SMA/SMU. Kepada calon yang mengambil bahagian dalam temuduga ini, semakan boleh dibuat pada hari ini iaitu 16 mei 2012 dengan melayari laman web kementerian pelajaran malaysia. Semua maklumat penting tentang temuduga ini korang boleh cari disitu. 

Bawah ni aku sediakan pautan link untuk ke laman web kementerian pelajaran malaysia supaya korang boleh buat semakan temuduga pismp 2012 ni. Klik je pautan link tu dan korang akan dibawa ke web kpm.

Semakan Temuduga Piln 2012

on 10 Mei 2012

Info semakan tentang temuduga piln 2012 program ijazah luar negara tajaan mara -  Untuk makluman, lepasan spm yang membuat permohonan piln tahun ini bolehlah ke portal web mara untuk membuat semakan panggilan temuduga yang bermula dari 8 mei 2012. Segala maklumat yang perlu korang tahu ada kat situ.

Cara semakan piln cara online ialah macam aku cakap tadi. Kat bawah ni aku ada sediakan pautan link ke portal web mara. Korang cuma perlu klik je pautan link tu. Lepas tu masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan dan tekan 'masuk'. Lepas tu korang bolehlah tahu keputusan sama ada korang dipanggil atau tak.

Klik -> Web mara online

Semakan Permohonan Ipta/Politeknik Premier 2012/2013

on 07 Mei 2012

Info semakan tentang keputusan permohonan ipta/politeknik premier sesi 2012/2013- Kepada lepasan spm yang membuat permohonan untuk kemasukkan ke ipta/politeknik premier tahun ini, korang bolehlah menyemak keputusan pada 7 mei 2012 (hari ini) jam 12 tengah hari hingga 28 mei 2012 jam 12 tengah malam. Cara semak ada dibawah ini.

Cara semak permohonan melalui sms :

Taip UPU RESULT diikuti jarak dan taip no kad pengenalan dan hantar ke 15888. Contoh - UPU RESULT 12345678910120 dan hantar ke 15888.

Semakan Keputusan Permohonan Upu 2012

Info semakan tentang keputusan permohonan upu sesi 2012 ipta/politeknik premier - Kepada lepasan spm yang membuat permohonan kemasukkan ke upu tahun ini, korang bolehlah melawat portal web upu untuk semak keputusan yang bermula 7 mei 2012 (hari ini) selepas jam 12 tengah hari. Segala maklumat yang perlu korang tahu ada disitu.

Kat bawah ni aku ada sediakan pautan link ke portal web upu. Korang cuma perlu klik je pautan link tu.

Klik -> Web Upu

Korang jugak boleh semak keputusan kemasukan upu 2012 melalui sms :

Taip UPU RESULT (jarak) no.kp dan hantar ke 15888. Contoh : UPU RESULT 940321145011 dan SMS ke 15888

Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2012 Semakan Keputusan

on 26 April 2012

Info semakan keputusan tawaran ke tingkatan 6 untuk tahun 2012 - Untuk makluman kepada semua calon spm 2011, permohonan korang boleh disemak bermula pada 25 april 2012. Keputusan boleh disemak di portal kementerian pelajaran malaysia. Segala maklumat yang detail korang dapat baca di situ. Klik je pautan link yang aku sediakan kat bawah untuk ke portal kementerian pelajaran malaysia.

Klik -> Semakan tawaran tingkatan 6 tahun 2012

Semakan Keputusan Matrikulasi 2012 Online Dan Sms

on 24 April 2012

Info semakan tentang keputusan matrikulasi 2012 melalui online dan sms - Kepada lepasan spm 2011, ini ada berita baik untuk korang. Permohonan matrikulasi (kementerian pelajar malaysia) korang dah boleh disemak bermula 25 april 2012 iaitu hari esok. Jadi sini aku nak kongsi cara untuk buat semakan.

Cara semakan ada dua iaitu melalui :

Sms - Taip MOE diikuti jarak dan taip MAT diikuti jarak jugak dan taip No.KP (tanpa sempang) dan hantar ke 15888. Contohnya : MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888

Online - Layari portal kementerian pelajaran malaysia dengan klik pautan link di sebelah -> semakan tawaran kolej matrikulasi

Semakan Keputusan Muet Mac 2012

on 23 April 2012

Info semakan tentang keputusan muet sesi mac 2012 -  Kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan muet bertarikh seperti yang aku nyatakan pada tajuk artikel ini, keputusan korang boleh disemak bermula pada hari khamis, 26 april 2012.

Cara semakan :

- Dapatkan keputusan muet di tempat korang daftar nama sebagai calon mulai jam 10 pagi.

- Keputusan calon persendirian akan dihantar melalui pos.

- Semak guna sms :  taip Muet Result (jarak) diikuti nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.


Untuk maklumat lanjut dan lebih detail, korang boleh layari pautan link yang aku sediakan kat bawah. Klik je pautan link sebelah ini -> Portal rasmi majlis peperiksaan malaysia

Sumber diolah semula dari : Melvister

Permohonan Program Tajaan Mara 2012

on 18 April 2012

Info permohonan tentang program tajaan mara tahun 2012 untuk lepasan spm 2011. Bawah ni ialah beberapa perkara yang perlu korang kena tahu pasal program ini sebelum korang pasti akan buat permohonan mara ni. 

Syarat Asas

1. Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera
2. Warganegara Malaysia
3. Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia
4. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011 bagi kali pertama Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama
5. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti aids, hiv.

Semakan Panggilan Temuduga Maktab Perguruan Kplspm 2012

on 14 April 2012

Info semakan tentang panggilan temuduga maktab perguruan kplspm sesi 2012 -  Kepada lepasan spm yang membuat permohonan untuk kemasukkan ke maktab tahun ini, korang bolehlah ke portal web kementerian pelajaran malaysia untuk membuat semakan panggilan temuduga yang bermula dari 30 april 2012. Segala maklumat yang perlu korang tahu ada kat situ.

Kat bawah ni aku ada sediakan pautan link ke portal web kementerian pelajaran malaysia. Korang cuma perlu klik je pautan link tu.

Klik -> Web kementerian pelajaran malaysia

Jugak aku mintak korang tolong tekan share atau like artikel ni supaya mreka yang buat permohonan sama boleh buat semakan di blog ni. Tolong ye?

Semakan Panggilan Temuduga Ke Uitm Sesi 2012/ 2013

on 13 April 2012

Info semakan tentang panggilan temuduga ke uitm sesi 2012/ 2013 -  Kepada lepasan spm yang membuat permohonan untuk kemasukkan ke ipta tahun ini, korang bolehlah ke portal web uitm untuk membuat semakan panggilan temuduga yang bermula dari 12 april 2012 jam 10 pagi. Segala maklumat yang perlu korang tahu ada kat situ.

Kat bawah ni aku ada sediakan pautan link ke portal web uitm. Korang cuma perlu klik je pautan link tu.

Klik -> Temuduga ke uitm bagi pemohon lepasan spm

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Kpm Sesi 2012/ 2013

on 29 Mac 2012

Info semakan tentang keputusan permohonan ke matrikulasi kpm sesi 2012/ 2013 - Lepasan SPM 2011 yang memohon program matrikulasi kpm (kementerian pelajaran malaysia) sesi 2012/2013 boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke kolej matrikulasi bagi Pst dan Pdt mulai 25 April 2012. 

Cara Semak Permohonan Matrikulasi

-Melalui laman web kementerian pelajaran malaysia di semakan tawaran kolej matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)

-Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No. kad pengenalan (tanpa sempang) dan hantar ke 15888. Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888 

Pendaftaran Matrikulasi 

Pada yang berjaya mendapat tawaran ke matrikulasi perlulah mendaftarkan diri ke kolej matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di semenanjung malaysia. Bagi kolej matrikulasi labuan pula, tarikh yang ditetapkan ialah 21 mei 2012.

Jpa Biasiswa Sesi 2011/2012

on 13 Ogos 2011

Info biasiswa jpa (jabatan perkhidmatan awam) untuk sesi 2011/2012. Jpa akan menawarkan biasiswa pusingan kedua kepada 8,000 pemohon yang layak untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di IPTA dan IPTS dalam negara.

Lagi maklumat pasal biasiswa ini dari mstar, 11 ogos 2011 :

- Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran belajar di IPTA/IPTS. -

- Permohonan semua dilakukan melalui proses di dalam talian sepenuhnya.

- Calon yang telah mendapat tajaan di bawah mana-mana Program Penajaan JPA ke IPTA tidak layak memohon.

- Bagi IPTS pula ia hanya terhad kepada Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia.

Tags : jpa biasiswa sesi 2011/2012, permohonan biasiswa jpa

Sumber : Mstar

Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011

on 10 Ogos 2011

Info permohonan kemasukan politeknik untuk sesi disember 2011. Permohonan kemasukan boleh dibuat mulai 8 ogos 2011 melalui aplikasi On-Line sahaja dengan melayari laman web politeknik. Tarikh tutup permohonan ialah hari isnin, 12 september 2011.

Untuk maklumat lanjut, klik pautan link di bawah :

Permohonan kemasukan politeknik sesi disember 2011

Tags : permohonan kemasukan politeknik sesi disember 2011

Semakan Keputusan Ipta Lepasan Stpm Sesi 2011

on 21 Julai 2011

Info semakan keputusan ke ipta bagi lepasan stpm sesi 2011/ 2012. Tarikh untuk membuat semakan permohonan ke ipta bagi lepasan stpm 2011 ialah 15 julai 2011.

Untuk membuat semakan secara online, klik pautan link di bawah :

Laman web rasmi permohonan kemasukan ke ipta

Untuk membuat semakan secara SMS :

Taip UPU RESULT No. kad pengenalan dan hantar ke 15888

Semakan bermula pada 15 julai 2011 jam 12 tengah hari.

Google : semakan keputusan ipta lepasan stpm sesi 2011, keputusan permohonan ke ipta lepasan stpm sesi 2011/ 2012, kemasukan ke ipta lepasan stpm sesi 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...