Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Kpm Sesi 2012/ 2013

on 29 Mac 2012

Info semakan tentang keputusan permohonan ke matrikulasi kpm sesi 2012/ 2013 - Lepasan SPM 2011 yang memohon program matrikulasi kpm (kementerian pelajaran malaysia) sesi 2012/2013 boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke kolej matrikulasi bagi Pst dan Pdt mulai 25 April 2012. 

Cara Semak Permohonan Matrikulasi

-Melalui laman web kementerian pelajaran malaysia di semakan tawaran kolej matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)

-Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No. kad pengenalan (tanpa sempang) dan hantar ke 15888. Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888 

Pendaftaran Matrikulasi 

Pada yang berjaya mendapat tawaran ke matrikulasi perlulah mendaftarkan diri ke kolej matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di semenanjung malaysia. Bagi kolej matrikulasi labuan pula, tarikh yang ditetapkan ialah 21 mei 2012.

Semua dokumen berkaitan seperti surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri dan dibawa semasa hari pendaftaran. Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat lain.

Sila rujuk senarai kolej di program matrikulasi kpm. 

Rayuan Matrikulasi 

Pada yang membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke program matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012. Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas. Keputusan akan diumumkan pada 7 Jun 2012.

Sumber : Melvister
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...