Fitnah, Rozita Che Wan Nafi Bakal Bermadu Dengan Siti Nurhaliza

on 30 Mac 2012

Aku baca isu rozita che wan bakal bermadu dengan siti nurhaliza ni 2 minggu lepas kat 1 forum terkenal ni. Masa tu takde 1 blog pun update isu ni. Aku baca thread tu dan ambil keputusan tak nak update isu ni sebab takde bukti. Dan ternyata memang betul isu ni sekadar auta. Kat hmetro harini, rozita sendiri kata isu ni fitnah dan mengarut.


Kata rozita che wan di hmetro :

Saya bukan bakal isteri baru Datuk K. Sejak putus hubungan dengan seorang jejaka yang dikenali dengan nama ‘S’, saya masih belum bertemu dengan jejaka pilihan hati. Saya dan anak sangat meminati Datuk Siti Nurhaliza. Saya tidak mahu isu ni menyebabkan hubungan baik saya sebelum ini dengan Datuk Siti terus dingin, lagi-lagi kami sama-sama artis.

Rozita jugak ada menyatakan rasa pelik macam mana gosip ni boleh timbul sedangkan dia tak pernah menjalinkan apa-apa hubungan dengan datuk k. Kalau berjumpa pun, atas urusan kerja dan mesti datuk siti ada sekali. Tu pun boleh kira dengan jari berapa kali rozita berjumpa dengan datuk siti dan datuk k.

Ni pulak jawapan datuk siti sendiri tentang isu ni :

Saya berharap mana-mana laman blog portal hiburan yang mahu mencetuskan kontroversi, jangan palit kepada orang lain, sebaliknya menyampaikan maklumat secara telus dan berdasarkan bukti.

Kalau tanya aku, kemungkinan besar isu ni sengaja ditimbulkan oleh haters rozita atau datuk siti sendiri. Diharapkan rozita dan datuk siti bersabar dan tak ambil pedulik lagi dengan gosip mengarut ni.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...