Fouziah Gous Mengaku Bercinta Dengan Datuk Seri

on 29 Mac 2012

Nampaknya sekarang memang musim artis buang status bujang. Terbaru, fouziah gous pulak mengaku bercinta dengan datuk seri yang berstatus duda. Fouziah membuat pengakuan ni eksklusif di mstar online. Dan aku confirm, peminat lelaki fouziah mesti kecewa bila tahu hal ni. Sebab melepas sudah~


Kata fouziah di mstar online :

"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya. Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya. Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini. 

Sejak dulu lagi saya tiada apa hendak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya nafikan kerana memang ia belum berlaku ketika itu. Hanya baru-baru ini sahaja kami mula keluar dan mengenali antara satu sama lain"

Pada yang kecewa tu, jangan tensyen jangan sedih. Banyak lagi bunga luar sana tu. Apa-apa pun tahniah diucapkan pada fouziah gous dan teman lelaki. Semoga segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan hubungan fouziah dengan teman lelaki berkekalan hingga akhir hayat. 

Kredit gambar : Fanpage fouziah gous
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...