Tak sampai sebulan irma hasmie berkahwin, timbul pula satu masalah. Kali ini gambar redza syah dan bekas isteri tersebar. Siapa penyebarnya dan apa motif sebenar gambar ini disebarkan tak diketahui tetapi ramai pihak lagi-lagi peminat irma mengganggap motifnya ialah nak menjatuhkan rumah tangga irma dan redza.
Berdasarkan oppsmedia, gambar ini dikeluarkan oleh sebuah web butik pengantin. Ada juga yang mengatakan irma ditipu redza tentang status suaminya itu iaitu tak pernah berkahwin sebelum ini. Spekulasi tu ternyata silap sebab ibu irma sendiri tahu menantunya seorang duda sebelum mereka berkahwin. Kalau dah si ibu tahu, dah tentu irma pun tahu status suaminya sebelum ini.
Berdasarkan sumber lain pula, aku difahamkan yang bekas isteri redza syah ini pun sudah bersuami. Apa-apa pun ini cerita lama. Tapi kenapa gambar ini disebarkan ketika irma dan suami baru sahaja berkahwin masih lagi menjadi tanda tanya. Harap-harapnya pihak yang bertanggungjawap dapatlah tampil memberi penjelasan sebelum pelbagai lagi spekulasi yang boleh mempengaruhi rumah tangga irma dan suami timbul.
{ 3 ulasan... read them below or add one }
macam-macam... ;)
13 Julai, 2012
nie keje reporter or blogger..hoho..
13 Julai, 2012
biar la die nk kwen pn... da duda, bekas isteri die pn da kwen lain.. ape la wartawan, or blogger or spe2 la.. korg mmg x reti dok diam eyh..mmg x blh tgk org lain bahagia... to irma n redza, slmt pngantin baru la n smoga cepat dpt cahayamata n bhgia duni akhirat
16 Julai, 2012
Catat Ulasan