Pelawak Lelaki Ditahan Kerana Kes Tipu

on 30 Mei 2012

Pelawak lelaki ditahan kerana kes tipu! Ikuti laporan dari harian metro tentang pelawak lelaki ditahan polis kerana menipu. Jumlah kerugian yang ditanggung beberapa mangsa dikatakan mencecah RM80,000!


Seorang artis lelaki juga pelawak terkenal tanah air ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan kes tipu orang ramai dan majlis perbandaran taiping (MPT) berjumlah hampir RM80,000. Suspek yang berusia 40-an itu ditahan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebaik artis itu datang untuk memberi keterangan pada jam 4 petang kelmarin.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, lelaki berkenaan ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes tipu membabitkan acara penganjuran Taiping Fest 1 Malaysia, Sempena Tahun Melawat Perak 2012 awal Mac lalu.

Tentu korang tertanya-tanya siapa pelawak tu? Email yang dihantar oleh individu yang menggelarkan dirinya jai kepada pihak rotikaya ada menyatakan siapa pelawak tu.


Nama saya Faizal atau lebih dikenali dengan nama Jai. Saya berumur 35 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak. Di sini saya ingin berkongsi cerita yang menimpa hidup saya. Bermulanya dengan perkenalan saya dengan seorang selebriti program masakan yang di kenali ramai dengan nama Sarjan Saji atau nama sebenarnya Ahmad Jamil Bin Shuib juga dikenali dengan nama Sarjan selama 2 tahun. 

Pada 13/12/2011, Sarjan menjemput saya untuk menyertai beliau berkerja dengan sebuah syarikat Pengurusan Acara (Event Management) iaitu SME CONSULTANT yang di miliki oleh artis pelawak iaitu Hamdan Bin Ramli atau lebih di kenali dengan nama Hamdan Senario dan seorang lagi rakan beliau iaitu Syamsul Budiman. Selepas berjumpa dan berbincang dengan mereka semua di pejabat SME Consultant, saya bersetuju untuk menyertai syarikat terbabit untuk menguruskan sebuah acara yang akan diadakan di Padang MPT, Taiping, Perak pada 3 dan 4 March 2012 dengan gaji sebanyak RM1500/- sebulan dan akan menerima keuntugan bersama (Profit Sharing) yang belum dipastikan jumlahnya. Acara tersebut dikenali dengan nama Taiping Fest 1 Malaysia, dan tema acara tersebut ialah 1 Pelancongan, 1 Kampung, 1 Budaya. 

Bermula dari 14/12/2011, saya telah mula berkerja sehinggalah pada awal bulan Februari apabila saya terdengar bahawa Sarjan ingin membuang saya dari syarikat tanpa apa-apa sebab. Saya terus bersemuka dengan Syamsul Budiman, iaitu rakan kongsi kepada Hamdan untuk penjelasan dan dia memberitahu saya bahawa Sarjan tidak mahu saya terbabit pada hari acara tersebut tetapi saya masih berkerja di syarikat SME Consultant sehingga 29/02/2012. 

Apa yang saya menghampakan saya ialah, saya tidak menerima gaji dari 14/12/2011 sehinggalah hari ini, dan sebilangan mereka yang terbabit dalam pengurusan acara tersebut termasuklah kerani di pejabat juga tidak mendapat gaji yang dijanjikan. Malah selepas habis acara yang diadakan di Taiping, syarikat SME Consultant terus tutup dan mereka yang terbabit seperti Hamdan Senario, Sarjan dan Syamsul Budiman terus menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi lagi. 

Sekian. Terima Kasih.
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Mr. Asada berkata...

haih.. nak untung sorang je la tu. huh!!


31 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...