Bahaya Tidur Dalam Kereta Ketika Cuaca Panas, Aircond Terpasang

on 04 Mei 2012

Bahaya tidur dalam kereta ketika cuaca panas dengan penghawa dingin (aircond) terpasang - Lima ahli keluarga di johor bahru yang sering tidur dalam kereta ketika cuaca panas ditemui mati didalam kereta  di jalan serangkai 4 taman bukit dahlia, masai kelmarin. Dipercayai tidur dalam kereta antara punca kematian mereka. 

Difahamkan tabiat tidur dalam kereta itu dilakukan untuk keselesaan kepada mereka sekeluarga untuk tidur, namun tidak menyangka menjadi antara punca kematian lima beranak berkenaan. Malah, ketika ditemui, lima beranak itu tidur bersama bantal, malangnya keadaan tertutup dipercayai menyebabkan gas beracun memasuki kereta. 

Superintendan roslan zainuddin ketua polis daerah seri alam berkata, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berlaku. Laporan bedah siasat dijalankan semalam masih belum dapat mengetahui punca sebenar kematian berikutan sampel darah, air kencing dan beberapa contoh lain lima beranak itu perlu dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. 

Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kekurangan oksigen beberapa jam selepas tidur dalam kereta dengan penghawa dingin dihidupkan. 

Sumber diolah semula (tanpa mengubah maksud artikel) dari : Hmetro
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...