Tips Penjagaan Muka

on 03 Jun 2012

Tips penjagaan muka! Ikuti beberapa amalan yang boleh korang ikuti dibawah untuk tips penjagaan muka yang betul. Sebenarya ramai tak sedar, penjagaan muka adalah penting tidak kira untuk wanita mahupun lelaki. Muka yang bersih, bebas jerawat dan tidak berminyak pastinya diimpikan oleh setiap orang. Malah secara tidak langsung muka yang bersih akan membuat kita lebih yakin dan berketrampilan bila berhadapan dengan orang.

penjagaan wajah

TIPS PENJAGAAN MUKA

Sebelum kita mula, mungkin ramai yang risau dengan kos untuk hal-hal macam ni. Mungkin tu sebabnya ada yang tak ambil port langsung dengan keadaan muka sendiri. Sebenarnya, korang tak perlu risau pasal kos sebab tips ni menggunakan bahan-bahan yang boleh di dapati di dapur rumah. Memang murah banget!

Mencerah, menghalus dan melicinkan kulit 

Ambil sebiji timun (dibuang kulit) kemudian kisarkan. Selepas itu tapiskan dan sapu ke kulit muka. Kemudian biarkan sekurang-kurangkan 20 minit. Lepas itu basuh muka dengan air. Seeloknya di amalkan sebelum tidur. Atau korang juga boleh menggunakan kentang yang dikupas kulitnya dan dibasuh sehingga bersih. Campurkan dengan putih telur dan lumurkan pada muka. Biarkan kering. Lepas itu baru basuh dengan air. Atau korang juga boleh gunakan air beras. Ambil air nasi yang ditanak sebelum ia kering sebanyak beberapa sudu. Lumurkan ke muka ketika ia masih suam. Biarkan kering dan basuh sehingga bersih.

Tangani masalah jerawaat dan hilangkan parut jerawat 

Beras pulut di kisarkan. Kemudian tapiskan untuk mendapatkan serbuk yang halus. Ambil sedikit serbuk yang telah di tapis tadi dan campurkan dengan sedikit air. Sapukan di muka dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh sehingga bersih. (Boleh juga di gantikan dengan kacang hijau) Tips ini mudah diamalkan cuma perlukan kerajinan dalam diri. Yang penting pastikan kita minum air yang secukupnya setiap hari agar kulit wajah tidak kering dan kusam. Dan jangan lupa senyum selalu sebab senyuman itu penyeri wajah. 

Kurangkan atau elak dari memakan makanan ringan

Kata orang dulu-dulu, mencegah lagi elok dari mengubat. Kita dah sedia maklum makanan ringan dibuat dengan menggunakan pelbagai bahan-bahan yang bahan. Sebagai contoh, pewarna, perasa tambahan, minyak yang memang tak bagus untuk badan dan muka. Jadi kalau boleh, kurangkan dan elakkan terus dari memakan makanan ringan. Sekarang kalau korang tengok belakang pack makanan ringan, mesti tertera kat situ ada vitamin a, b, c lepas tu ada zat besi lah.. Jangan percaya! Mengarut semua tu. 


*Tips ini mudah untuk diamalkan cuma kena rajinlah. Nak atau tidak je. Yang penting air masak jangan mesti minum setiap hari supaya kulit wajah tak nampak kering dan kusam. Dan jangan lupa senyum selalu sebab senyuman itu penyeri wajah.

Sumber diolah semula dari : Puteri Kasih
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Nadnod Azizan berkata...

great info ;D


03 Jun, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...