Keputusan Super Spontan, Zizan Juara

on 02 June 2012

Keputusan super spontan, zizan juara! Pada yang tak tengok super spontan tadi, zizan razak telah  menjadi juara rancangan tersebut. Tempat kedua pula dimenangi oleh johan dan tempat ketiga dimenangi oleh tauke. Rancangan ni sememangnya bukan tahap 'ayam' sebab hadiah untuk juara, tempat kedua dan ketiga bukan calang-calang. Zizan sebagai juara membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta kereta toyata carmy. Woot!!

zizan juara spontan musim 1

Johan raja lawak pulak sebagai naib johan membawa pulang wang tunai RM50,000 dan sebuah trofi. Tauke pula membawa pulang RM25,000 dan beserta trofi. Peserta-peserta final yang lain pula menerima saguhati wang tunai RM5,000 dan jugak sebuah trofi. Persaingan memang sengit masa perlawanan berlangsung. Tauke pada aku pun memang bagi persaingan sengit pada zizan dan johan. Tapi rasanya peringkat akhir spontan ni, sebenarnya merupakan pertandingan di antara johan dan zizan. 

Anyway, tahniah diucapkan pada zizan. Memang tak boleh tidurlah zizan malam ni sebab bertambah lagi koleksi kereta dia. Hehe.
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Laki or lucky said...

tempat ke-2 : 50 K please edit ^^


02 June, 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...