Gambar Kaki Yuna Cetus Kontroversi Aurat

on 02 Jun 2012

Gambar kaki yuna cetus kontroversi aurat?? Upload gambar kaki di instagram peminat kata yuna dedah aurat. Pelik betul. Aku rasa lagi bertambah pelik bila memikirkan peminat (atau haters lagi tepat mungkin?) melemparkan banyak komen negatif (bukan teguran) semata-mata kerana gambar kaki dia. 

Berdasarkan sumber, rotikaya, gambar tu yuna snap ketika dia dalam perjalanan ke chicago, usa untuk membuat persembahan. Tak lama selepas gambar tu diupload, komen-komen negatif mula keluar.

Kalau cakap pasal hukum, memang betul aurat perempuan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tapi mana lagi teruk? Gambar artis dedah kaki atau gambar artis dedah alur payudara? Atau bahagian belakang badannya? Atau menampakkan sebahagian besar pahanya? Dari komen-komen negatif di instagram tu, seolah-olah yuna upload gambar bogel, tanpa seurat benang pun yang tinggal.

Pada aku agak ironic keadaan ni sebab ramai lagi artis perempuan yang sebetul-betulnya dedah aurat, yang boleh 'malaikat keyboard' ni bash. Rasanya 'malaikat keyboard' tu haters yuna. Bukan peminat. Pada aku tak perlulah ekstrimis sangat kalau sekadar tunjuk kaki. Ini dia gambar kaki tu.


Ranking: 5

{ 6 ulasan... read them below or add one }

Luqman Zakaria berkata...

gambar kaki pon boleh jadi maslah besar giler~ ape daa..


02 Jun, 2012
nine berkata...

taklah teruk sangat, aku ingat dia pakai skirt pendek jek.


02 Jun, 2012
Tanpa Nama berkata...

Pasal kaki pn nk kecoh..len la kalau yuna tu pkai skirt pndek ke short pant ke ley la kecoh..aptb..


03 Jun, 2012
Tanpa Nama berkata...

merepeklah diorang ni...


04 Jun, 2012
Tanpa Nama berkata...

ntah pa2..artis len yg pkai sparuh bogel 2 xde lak diowg nk kecoh,yuna yg ambk gmba kaki jea bley plak dtuduh mcm2...pe la nk jd...


09 Jun, 2012
Tanpa Nama berkata...

comel gak kaki dye


23 Jun, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...