Ubat Penyakit Diabetis : Pemanis Nano

on 03 May 2012

Ubat penyakit diabetis : Pemanis Nano - Norras resources sdn bhd meletakkan jualan sehingga 50,000 botol produk pemanis pati tebu pertama dunia dikenali sebagai Sure Sweet. Pengarah pemasarannya berkata, produk berkenaan berfungsi menggantikan gula dipercayai dapat membantu pengguna menikmati rasa manis tanpa perlu bimbang mengenai peningkatan gula dalam darah. 

“Sure Sweet telah melalui kajian selama lima tahun dan tidak seperti gula di pasaran, produk ini adalah daripada pati tebu dan air yang diperoleh melalui teknologi nano dan ia tidak memerlukan bahan pengawet atau bahan kimia untuk mengekalkan rasa manis."

“Ia tidak berfungsi seperti gula yang hanya memberi rasa manis kepada makanan atau minuman sebaliknya Sure Sweet membekalkan tenaga melalui rasa manis dihasilkan tanpa sebarang risiko dan selamat digunakan golongan yang menghidap diabetes,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro. 

Sure Sweet boleh digunakan sehingga 300 titisan dan ia bersifat menyahkan lebihan rasa manis pada makanan atau minuman. Untuk bulan pertama, norras resources meletakkan sasaran jualan 50,000 botol dan meningkat kepada 100,000 botol pada bulan kedua serta giat mencari ejen jualan di setiap negeri.

Sumber diolah semula (tanpa ubah maksud artikel) dari : Hmetro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...