Kejohanan Badminton Grand Prix Tebus Kekalahan

on 03 May 2012

Kejohanan badminton grand prix (gp), pemain malaysia akan tebus kekalahan - Untuk pemain utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong , kejohanan itu akan menjadi tempat bagi mereka menebus kekalahan dalam kejuaraan terbuka india minggu lalu. 

Tahap keyakinan diri pasangan itu jatuh merudum bila disingkirkan oleh beregu indonesia angga pratama dan ryan agung saputra dengan score 18-21, 21-15, 19-21. “Kami akan cuba meningkatkan keyakinan pada GP ini. Kami akan cuba menerima apa jua kesilapan dalam perlawanan dengan lebih terbuka agar dapat bermain dengan lebih baik,” kata Boon Heong di Johor Bahru, semalam. 

Boon heong mengakui ada masalah dari segi pertahanan dan akan cuba memperbaikinya. Kien Keat dan Boon heong, membuka saingan kejohanan bernilai AS$120,000 (RM360,000) dengan mengatasi beregu India Sanjeeth Singh-Jagadish Yadav 21-7, 21-5. 

Mereka akan menentang bergu dari singapura, terry yeo zhao jiang-liu yi pada pusingan kedua hari ini. Kien Keat berkata kesilapan yang mereka lakukan sebelum ini adalah kerana muncul perasaan tertekan kerana tidak mahu kalah dalam perlawanan.

Sumber : Hmetro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...