Bob Kuman Sudah Meninggal Dunia

on 03 May 2012

Betul bob kuman sudah meninggal dunia. Kali ni bukan propa macam 21 april lepas. Aku dapat tahu berita ni sahih bila aku check twitter beberapa artis tempatan dan aku masuk sendiri ke blog wartawan tv3, mazidul akmal sidek. Beliau sendiri yang sahkan berita ni. 


Pelakon bob kuman disahkan meninggal dunia di rumahnya di seksyen 11 kota damansara petaling jaya jam 4.38 petang tadi.  Kematian dia disahkan sendiri oleh mohd farid hamzah, jururawat arwah. Berdasarkan blog mazidul akmal, arwah mula-mula dilaporkan tak sedarkan diri di rumah dan jururawat arwah memberi bantuan cpr selama 20 minit. Tak lama lepas tu 2 kakitangan hospital sungai buloh mengesahkan arwah meninggal.

Diminta sama-samalah kita sedekahkan alfatihah pada bob kuman dan doakan supaya arwah ditempatkan dikalangan mereka yang diredhaiNya. Semoga allah ampunkan segala dosa beliau. Amin..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...