Alhamdulilllah. Gambar abby abadi, memey suhaiza dan norman hakim berbuka puasa bersama ini mungkin dapat menutup segala kontroversi tentang abby sebelum ni. Hampir 4 tahun bermusuh dengan memey, akhirnya abby mengambil keputusan untuk berbaik semula dengan mereka dengan menjemput mereka berbuka puasa bersama-sama.
Kita tahu macam mana porak porandanya rumah tangga abby dan norman sebelum ni. Ditambah pulak dengan kehadiran memey, memang bertambah panas kisah rumah tangga abby. Tapi mungkin disebabkan abby akhirnya rasa tiada gunanya jika dibiarkan rasa tidak puas hati kekal bersarang dalam hati, abby mengambil keputusan untuk berbaik dengan mereka.
Gambar ini dimuat naik ke twitter abby abadi. Serius aku terharu tengok gambar mereka berbuka puasa bersama. Ditambah pulak dengan status twitter abby iaitu mereka bersembahyang bersama dengan di imamkan oleh norman, aku terus tersenyum sampai ke telinga. Tahniah diucapkan kepada abby atas apa yang beliau lakukan ini. Lagi gambar :
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan