Mak bapak dilema nak lepaskan anak-anak sambung study

on 18 May 2011

Salam.. Selamat pagi nak ke tengah hari. Berbekalkan taik mata yang secepot dua kat mata ni aku mendongak keluar pandangan luar rumah. Hm pagi yang nyaman tapi keadaan yang sedikit suram. Tak tahu kenapa..

Mak bapak dilema nak lepaskan anak-anak sambung study - Pagi tadi aku diperdengarkan hal ni. Bukan pasal anak bongsu atau tunggal ke hapa tapi dilema sebab tak pernah berpisah dengan anak-anak. Risau pun iye.

Ekceli walaupun aku belum lagi jadi bapak budak, tapi sebagai manusia yang pernah menyayangi aku faham jugaklah perasaan mak bapak ni. Siapa nak berjauhan dengan orang tersayang? Tapi kalau dilema sampai was-was nak lepaskan anak-anak sambung study, aku rasa agak melampaulah. Kalau boleh nak anak-anak ni sambung study kat tempat yang dekat-dekat je dengan rumah. Mana boleh gitu.

Aku kata tak boleh sebab ada sesetengah jurusan yang anak-anak ni minat bukan ada kat semua institut pengajian. Mungkin jurusan tu ada insititut pengajian kat Perak ke, atau kat Pineng ke..

Kalau mak bapak berdegil jugak tak kasik anak-anak belajar jauh-jauh, bagi aku sebijik macam menghalang anak-anak capai cita-cita masing-masing.. Bila jadi gitu, mungkin dewasa nanti anak-anak ni akan bekerja dalam bidang yang dia tak minat.. Haihh masakk
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...