Kajian harga RON95 awal Jun

on 18 Mei 2011

IPOH: Kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada pada kadar RM1.90 akan kekal atau sebaliknya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
kajian semula itu akan dilakukan bersama agensi lain termasuk Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) bertujuan menentukan sama ada harga sedia ada kekal berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

“Walaupun minggu lalu saya mengatakan tidak ada kenaikan (RON95) buat masa ini, namun ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, tanggungan kerajaan bagi produk petroleum terlalu tinggi, malah tahun lalu kerajaan menanggung RM8 bilion dan jika kenaikan harga petroleum dunia berterusan, tanggungan akan menjadi RM18 bilion iaitu kenaikan RM10 bilion.

Kerajaan tidak boleh terus menanggung subsidi produk petroleum pada jumlah tinggi sehingga berbelas bilion ringgit kerana jumlah sebesar itu sepatutnya boleh dibelanjakan untuk projek yang memanfaatkan rakyat - Metro

Aku taknak komen lelebih ar pasal ni tapi yang jelas lagi nyata, harga minyak naik rakyat yang berpendapatan rendah tersepit
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...