Misi hantar paip PVC mungkin ikut jalan darat

on 18 Mei 2011

KODIANG: Misi bantuan kemanusiaan kapal kargo The Spirit of Rachel Corrie yang terkandas akibat diserang tentera Israel di perairan Gaza, kelmarin akan diteruskan dengan menggunakan laluan darat sebagai alternatif untuk membawa paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi membaik pulih sistem pembetungan dan bekalan air ke Gaza.

Akibat pencabulan berterusan tentera Israel, 1.5 juta penduduk di Palestin terpaksa menderita dalam keadaan serba kekurangan. Selain serangan penyakit berbahaya berikutan bekalan ubat tidak mencukupi, keadaan infrastruktur di sana juga tidak sempurna.

Semua 12 krew dan penumpang termasuk tujuh rakyat Malaysia yang berada atas kapal itu, selamat.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, dunia perlu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kapal peronda Israel berkenaan kerana ia ternyata menyalahi undang-undang antarabangsa, selain mencabuli hak asasi manusia - Berita harian 

Memang nonsense apa depa buat tu.. Nak hantar paip je tapi tembakan amaran dilepaskan macam tak kasi sebarang bantuan diberi pada penduduk palestin. Hm doakan keselamatan semua krew..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...