Talam 2 muka dalam dunia blog

on 17 May 2011

Talam 2 muka/bermuka-muka dalam dunia blog - Depan kau bukan main baik. Tapi sebenarnya belakang kau dia sibuk asah pisau supaya kerja menikam jadi senang. Kalau pisau tumpul senang kantoi pulak..

Then 1 entri dibuat. Takde mesej langsung tapi yang penuh dalam tu kutukan. Lepas tu datang pasukan sorak. Bersorak bersorak.. Tengok siapa menang. Kalau yang dibahan tu datang serang balik, makin rancak depa bersorak. Paling tak boleh blah, yang bertudung yang bersongkok dok bersorak dalam tu! Ish.. 

Secara peribadi aku lagi suka baca blog yang dikatakan 'entri sampah tak berilmiah'. Sebab apa? Sebab blog yang dikatakan 'entri sampah tak berilmiah' ni penulisan depa tak menyakitkan hati sesiapa. 

Depa cuma bercerita pasal apa yang berlaku kat sekeliling depa dengan diri depa je. Kalau takde info, mungkin penulisan depa tu bagi impak pada perasaan pembaca sebab mungkin penulisan depa tu ada unsur kelakar, sedih, etc.

Berbalik pada tajuk. Sebenarnya, aku puas fikir. Kalau nak kata cemburu memang tak mengaku. Jadi untuk apa eh buat semua tu? Tak boleh ke berblog secara aman? Blog je kot.. Takkan pasal blog nak bermusuh? Dapat apa?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...