Perempuan banyak cakap lelaki tensyen

on 18 May 2011






















Perempuan ni selain dari ketelitian dia dalam manage tanggungjawap, diaorang dikenali jugak dengan sikap suka bercakap. Bercakap, bercakap, bercakap. Sampai ada lelaki mengeluh dengar pot pet pot pet pot perempuan. Annoying kata depa.

Tapi selain annoying, bila fikir-fikir balik ada gunanya jugak sikap suka pot pet pot pet ni. Contohnya tengok je parents kau. Siapa yang yang selalu duk ingatkan kau rajin study, ingatkan kau jangan balik lambat sangat bila keluar malam? Mak kan? Jadi tulah gunanya. Sikap suka pot pet pot pet ni berguna untuk ajar anak-anak.

Kalau belah ayah, simple je dia jawap :

Anak : Bah, orang nak keluar ni. Member ajak lepak

Abah : Em! Pergilah! (sambil baca surat khabar)

Tapi untuk relationship, biasanya lelaki tensyen. Bila awek asyik bercelotoh kalau tak layan merajuk pulak. Tak bagi perhatian la apa la. Tapi apa taknya, pasal gosip/mengumpat diajak bualkan. Tu tak termasuk lagi cerita pasal brand-brand baju/kasut/perfume mahal-mahal.

Lelaki paling pening siut nak layan perempuan macam ni.. Sebab lelaki ni kalau hal yang tak relevan atau something yang mempokaikan $$$ dibualkan bagi dia membosankan. Ahaks!

Apa yang aku nak tekankan kat sini, korang (perempuan) bercakap banyak tu ok je tapi kurangkanlah bercakap benda-benda yang tak perlu. Macam gosip atau mengumpat. Kalau semua nak cerita bukan je balak kau annoying, tapi semua kenalan kau pun kemungkinan besar rasa macam tu. Keh keh..

Hm apa pulak pendapat korang pasal ni?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...