Gula kini Rm2.30 sekilogram

on 10 Mei 2011

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa jam 12 tengah malam tadi, harga gula di negara ini meningkat sebanyak 20 sen sekali gus menjadikan harga barangan kawalan itu yang sebelum ini berharga RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.

Namun, katanya, dengan kadar kenaikan itu peniaga makanan tidak sepatutnya menaikkan harga makanan dan minuman kerana perubahan harga berkenaan tidak terlalu ketara dan hanya membabitkan kenaikan kecil.

“Mungkin ramai yang tidak sedar kesan daripada pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos lebih besar untuk merawat pesakit. Jadi, kami berharap kenaikan harga ini dapat mengubah gaya hidup rakyat di negara ini,”- Metro

Ada pro dan kontra harga gula naik ni. Pro dia, betul jugak ramai yang tak sedar kesan pengambilan gula berlebihan ni. Jadi nak kawal, naikkan harga. Secara automatik pengguna akan kurangkan penggunaan gula sebab nak jimat.

Kontra dia, aku tak rasa kedai makan tak naikkan harga makanan dengan minuman.. Berita2 macam ni memang peniaga tunggu sebab boleh dijadikan alasan harga makan minum naik. Ini semua profit ni profit ni. Ahaks..

Lagi 1, terganggu atau tak perbelanjaan rakyat sebab harga gula naik walaupun cuma 20 sen? Aku rasa terganggu. Hm..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...