Sekarang zaman moden.. Dalam hutan pun boleh berdangdut apa!

on 10 Mei 2011

ALOR GAJAH: Kewujudan sebuah restoran dalam ladang ternakan di atas bukit di Lubok Cina di sini yang menyediakan kemudahan karaoke menimbulkan gangguan kepada penduduk kampung berhampiran kerana ia kini menjadi ‘kelab dangdut rimba’ dan bukan lagi restoran berkonsepkan keluarga.

Premis itu yang terletak agak tersembunyi dengan lokasinya hampir dua kilometer dari jalan utama menjadi tumpuan bukan saja golongan muda tetapi juga warga emas untuk berdangdut di bawah cahaya lampu samar-samar.

Difahamkan, premis itu beroperasi menggunakan lesen perniagaan kedai makan dan karaoke, namun pada masa sama pengusahanya menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk menari dangdut sehingga lewat pagi sebagai daya tarikan - Metro

Untung dalam haram, berhibur sambil tambah dosa. Berbaloikah? Best ke?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...