Kejadian yang memalukan

on 20 Mac 2011

Kira-kira 2 minggu lepas, member 1 kolej aku helmi, kontek ajak lepak kat town. Aku pun tengah bosan kat rumah so aku on je.

"Ok set. Jumpa kat sana kul 2"

Settle bersiap, terus aku pi bus stop. Perjalanan ke town ambik masa dalam 10 minit. Turun je dari bas aku sudah nampak si helmi dok tecangak lambai-lambai tangan. Mula-mula perancangan si malaun ni lepak mapley dulu pekena teh tarik sama nescafe ais, sambil merokok sepam dua. Tapi dengan tak semena-mena beliau tukar plan. Jalan-jalan dulu sambil cuci mata.


                                                                ++++++++++++++++++

Tengah berjalan tu, punyalah ramai awek. Lebih kurang 15 orang. Gred A punya bai! Tapi yang tak menyenangkan, aku tengok mata-mata aweks ni cuma tertumpu pada si helmi je.

"Bangkai!! Apa tak cukup hensem ke aku hari ni??" - dalam hati.

Helmi perasan raut muka aku berubah. Dia tersengih jahat. Seolah-olah puas tengok aku macam ni. Ok aku mula rasa pelik. Dan situasi kat bawah ternyata sudah melampaui batas.












Kalau kau jalan dengan member, tetiba ada awek gred 'A' macam tu selisih sebelah kau tapi pandang member kau je. Pandang plak jenis 'membunuh' punya. Kau tak panas? Itu macam lah aku kena! Mahu tak panas! Tu baru 1 awek. Kalau 15 aweks duk buat lagu tu?

Aweks yang lain pulak menjelingan menggoda, sambil berbisik sambil gelak manja. Jantan-jantan yang berpeleseran kat kaki lima menunjukkan raut muka serius seakan-akan cemburu kerana awek-awek tadi tidak lagi memperdulikan mereka. Termasuk aku. Helmi mula riak.

"Kau tahu tak kenapa aku suka ajak kau keluar?"

"Tak tahu plak. Kenapa?"

"Sebab bila kita jalan sama-sama, kehodohan muka kau akan meng-kontraskan lagi ketampanan aku" - dengan nada riak.

"Wah macam cilake punya ayat!"

Ok ni sudah lebih. Melampau dah ni. Apa rahsia dia? Puas aku fikir tapi jawapan tak timbul-timbul jugak. Sebagai jantan tulen aku betul-betul tercabar. Huh..

                                                              +++++++++++++++++++


Tengah meronda tu, tetiba pepundi kencing aku meronta-ronta. Si helmi ni pulak nak touch up rambut. Tak habis-habis dengan rambut dia tu. Kitaorang pun bergegas ke toilet. Masa dalam toilet kejadian di kaki lima tadi masih terngiang-ngiang dalam fikiran. Puas aku fikir kenapa. Kenapa aweks-aweks menumpukan perhatian yang luar biasa terhadap beliau hari ni? Si helmi ni bukan hensem. Tak cute mahupun jambu. Timbul syak wasangka yang si helmi ni ada lenjan minyak dagu.

"Ish! Apa aku merepek ni..."

Tapi aku tetap tak puas hati. Kali ni aku pandang atas bawah. Berulang-ulang kali kot la ada something yang unsual pada dia. Dengan dahi berkerut, pandang punya pandang, aku dapat jawapan. Ler.. Patutler..

"Mi!"

"Ah, ape hal ko? Tersengih-sengih ni.. Buang tebiat?"

"Kau tahu tak kenapa ini hari ramai aweks perhatikan kau?

"Of coz! Sebab aku hensemla! Apa lagi? "

"Heh! Salah! "

"Salah? Ke kau jeles? Heheh. Ce cite ce cite "

"Hek eleh aku jeles? Cuba tengok seluar kau tu?"

"Ar? Seluar..? Ishh siooott!!!"





Tak pasal-pasal muka dia jadi merah. Tanpa sebarang suara terus dia tarik zip dan blah dari situ. Aku dah terkekek-kekek gelak kat belakang.

"Baik kau berhenti gelak la.. Kalau tak 'makan' tapak kasut aku ni"

"Kih kih.. Ok ok.."

Sekian.

                                                             ++++++++++++++++++++++                                                   


Moral : Jangan riak. Tak kira laki or pompuan make sure zip seluar tutup habis sebelum keluar.

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...