Jangan published entri 'takde idea'

on 12 Jun 2011

Aku tengok kadang-kadang blogger ni bila takde idea, nak jugak update. Lagi-lagi blogger baru. Gatal sangat dah jari tu. Jadi jalan mudah, post entri dengan tajuk "aku takde idea hari ni".

"Blog aku, suka hati akulah nak post apa!" Betul.. Memang betul. Tapi pernah ke kita fikir apa kesan dari entri macam ni?

Read & Effects

Nak faham hal ni senang je. 1 contoh sini, bila kita baca entri lawak kita mesti tergelak betul tak? Sebab penulisan tu berjaya pengaruh minda kita. Macam tu jugak dengan entri "aku takde idea" ni. Sedikit sebanyak mampu pengaruh minda kita jugak.

Efek pada diri sendiri

Efek pada blogger yang post entri takde idea - mood berlogging boleh hilang, kecewa dengan blog sendiri. Aku pernah buat entri macam ni jadi aku dah rasa kesan dia. Nampak macam remeh tapi serius, kalau korang dah rasa efek dia taubat tak nak rasa lagi. Memang sucks. 

Efek pada pembaca

Macam mana dengan pembaca yang masuk baca entri tu?

Lepas diaorang baca, sedar atau tak mood diaorang pun terikut down sekali (rujuk balik point read & effects) Diaorang nak menaip pun rasa macam serba tak kena. Entri macam ni seolah-olah berhantu. Kesan dia memang kuat. Jangan bunuh mood pembaca blog korang.

Bila aku blogwalking, kalau terserempak je dengan entri macam ni terus aku tekan pangkah. Sebab aku tak nak mood berblogging aku spoil. Blogger mana yang suka mood berblogging hilang uii..

                                                                      +++++++++

So kalau boleh elakkan published entri takde idea ni. Eh jangan salah faham ye. Bukan aku nak halang apa korang nak taip kat blog. Tapi sila consider apa yang aku bebel kat atas tu. Paling busuk pun fikirkan pasal pembaca yang baca entri korang tu.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...