Filem kl gangster tak salah maa..

on 23 Julai 2011

Salam.. Selamat pagi.. Hurm macam biasa, rutin aku belah pagi merayau kat web2 berita online.. Tengok perkembangan2 terkini dalam negara. Nanti kat mapley bila member duk sembang hal negara, boleh aku port sekali. Taklah ketinggalan zaman kata orang.. Hah hah..

Baca punya baca berita kat situ sekali aku jumpa berita ni. Aku copy sikit la eh :

"KUALA LUMPUR : Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) semalam melahirkan kebimbangan mengenai implikasi filem KL Gangster terhadap generasi muda, terutama di kalangan remaja yang suka mengikut unsur negatif yang ditayangkan. 

Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, seramai 741 pelajar dan 1,420 bukan pelajar berusia di bawah 18 tahun terbabit dengan pelbagai aktiviti jenayah.
 
Seramai 1,164 pelajar dan 1,877 bukan pelajar sudah ditangkap kerana terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah dalam tempoh sama. Keganasan di sekolah seperti buli, gangsterisme dan pergaduhan sering dikaitkan dengan unsur negatif yang dipaparkan di dalam filem" - Bharian

Ermm bagi aku, filem tak salah.. Aku bukan nak back up tapi hal ni cuma perlu common sense je. Filem sekadar hiburan maa. Yang menonton senang terpengaruh, tu yang salah dan bermasalah sebenarnya..

Punca belia terlibat dengan gejala buli, gangterism, gaduh bukan pasal filem. Tapi dari masalah kekeluargaan.. Pada akula.. Punca segala masalah belia sekarang ni bermula dari institusi kekeluargaan yang tak kukuh dan ibu bapa yang tak peka dengan anak sendiri.. Tu je..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...