Blogger suka atau sengaja cipta isu supaya entri meletup?

on 15 April 2011

Arghh hari ni super bz. Cuma sempat post 1 entri je pagi tadi dan lepas tu, tak berpeluang langsung mata ni nak tengok dashboard. Geramnya! Eeeeeeee! 

Ni baru la dapat mengarang entri. Tu pun pasal waktu lunch. Ehem! Dapat je online ni, terus aku merayau-rayau cari cerita panas.. Ingatkan takde tapi ada jugak. Bermakna kita masih dikelilingi mereka-mereka yang suka cari pasal..

Adakah blogger suka atau sengaja cipta isu supaya entri diaorang meletup? Kalau pandangan aku, ada blogger macam tu tapi ada yang tak. Sebab kebetulan sesuatu yang menarik/bikin panas muncul depan kita.. Kalau sesuatu tu wajar dikongsikan, kita pun sapu je la! TAPI, bukan kongsi cerita semata-mata.. Diselikan jugak pendapat yang relevan..

Lepas aku tengok balik entri blogger tu, aku confirm dia tak cipta isu.. Mereka yang suka tuduh-tuduh ni, kasi baca dulu entri tu sampai habis. Barula buat kesimpulan.. Nak buat kesimpulan tu, fikir guna otak bukan kepala lutut.. Tahu tak apa itu fitnah?? Dah besar panjang takkan nak kena ajar lagi..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...