Maafla kak.. Saya bukan taknak beli..

on 15 April 2011

Tengah duduk macam raja kat mapley ni, dengan angin sepoi-sepoi bahasa tetiba aku didatangi dengan seorang akak ni. Hish pantang betul kalau tengah rilek tetiba ada gangguan.. Sampai tokeh mapley ni pun bengang kedai dia asyik jadi tumpuan untuk... jual barang. 

Sales girl datang approach aku tadi. "Pinjam 2 minit je bang! 2 minit je!" Arghh.. Aku bukanlah anti dengan diaorang yang kerja salesman/salesgirl ni tapi masalahnya diaorang ni suka bebenor mencelah masa orang tengah merilek-rilekkan diri atau tengah makan! Hadui.. Ok, aku bagi jela dia membebel..

Bebel punya bebel, belek-belek sikit barang dia jual lepas tu aku cakap je  "takpelah kak". Produk dia jual memang baikk punya tapi takde duit nak beli. Ni lah 1 masalah lagi.. Aku tak sanggup nak berdepan dengan salesman/salesgirl ni sebab dompet sentiasa semput..

Maksud aku, aku tak sanggup tengok muka frust diaorang bila aku menolak dari beli produk diaorang. Terasa aku.. Yelah diaorang susah carik rezeki, merayau sana sini tapi 1 produk pun susah nak jual.. Tu aku kesian tu..

Cakap pasal salesman/salesgirl ni, aku pelik apsal la diaorang pilih untuk jadi salesman/salesgirl ni eh? Kerja lain ada kenapa pilih kerja ni? Berat woo jadi salesman/sales girl ni.. Hm ke ada unsur MLM jadi salesman/salesgirl ni?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...