Takde gam? Hidulah pen marker!

on 15 April 2011

Salam.. Selamat pagi semua! Eh? Awat bau bucuk je nih?? Tak mandi lagi ke?? Keh keh.. Okeh.. Macam biasa, sampai je opis bukan buat kerja terus. Online dulu. Keh keh..

So tadi aku masuk kosmo sat. Tengok kot ada berita menarik bolehla kongsi sini. Emm takde yang menarik tapi ada berita ni - Remaja hidu pen marker ganti gam. Sedikit petikan artikel :

PUTRAJAYA – Tidak cukup menghidu gam dan minyak petrol, kini ada sebilangan remaja di negara ini melepaskan gian menghidu bahan alkohol dan bahan kimia yang terdapat di dalam dakwat pen penanda atau marker.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, harga pen berkenaan yang jauh lebih murah selain mudah diperoleh di pasaran juga dipercayai menjadi punca ia pilihan utama remaja sebelum berjinak-jinak dengan dadah sebenar.

“Caranya, mereka menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi mendapatkan kesan khayal yang maksimum dan tidak kisah jika hidung diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal,” - Kosmo

Hm.. Biasanya alasan duk layan menatang ni ialah nak lupakan masalah. Lupakan atau lari dari masalah? Tak kisahla mana-mana tapi masalah memang takkan selesai.. Bila layan pulak menatang ni, lagila susah masalah nak selesai! Bertambah lagi ada!

Ingatla orang tersayang..  Fikirkan masa depan.. Fikir kesan jangka masa panjang layan menatang yang mengkhayalkan ni. Jangan la jadi bingai buat perkara bebal. Tula gunanya Allah kurniakan otak. Supaya kita boleh berfikir baik buruk sesuatu perkara..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...