5 lagi idea penulisan entri untuk korang

on 15 April 2011

Tak tahu nak cerita apa dalam entri? Ni hah! 5 lagi idea penulisan entri untuk engkau orang. Baik tak aku? Kalau baik, aku hemsem tak? =P Ini entri sambungan, 5 idea penulisan untuk blog . Picit link tu pergerakan super pantas tiada tandingan.

  • Bayangkan diri sendiri jadi orang lain : Maksud? Bayangkan diri sebagai seorang yang terkenal/berpengaruh/berkuasa yang boleh betulkan sesuatu isu atau masalah yang timbul. Contohnya korang nampak area kawasan korang penuh dengan sampah-sarap, tak bersih dan berbau. Jadi korang boleh anggap korang Kementerian Kesihatan, atau apa ke dan nyatakan tindakan korang untuk atasi masalah pencemaran tu. Contoh korang boleh check kat blog ariff shah. Picit link ni.
  • Hari istimewa kita : Korang pernah tak melancong atau lepak kat tempat yang best? Kalau ada, jadikan 1 entri. Listkan point-point yang menarik untuk tatapan pembaca.. Tepek gambar sekali.  Cuba olahkan entri tu jadi menarik.
  • Berkongsi perkara-perkara yang unik : Korang ada perkara-perkara yang unik tak untuk dikongsikan pada pembaca? Kalau ada kongsikan.. Pembaca pasti suka dengan benda-benda baru yang ramai tak tahu, yang berinfo, atau perkara-perkara yang tak pernah pun terfikir dek akal. Contohnya cara pelik korang dapatkan ranking 1st dalam SERP yang tak pernah mana-mana blogger beritahu.
  • Perkenalkan diri : Untuk blogger yang malu-malu taik kuhcingg.. Pembaca setia dah ada. Mesti diaorang ni nak tahu siapa penulis blog feveret diaorang. Jadi apa kata buat 1 entri tentang diri korang? Kau nak malu2 kenapa? Aduiyaii.. Listkan apa-apa saja yang menarik/pelik/unik untuk pembaca korang. Guna peluang ni untuk dedahkan, dekatkan diri pada pembaca blog.. Confirm diaorang mesti suka punya.
  • Entri komik : Ni untuk yang terlebih rajin atau kreativiti yang melebihi norma batas kemanusiaan.. Dari 1 isu korang cerita dalam bentuk komik. So kalau rajin, nak kelainan, kasi hentam la satu! Lukisan tak perlu tahap expert.. Yang penting mesej entri kartun tu jelas.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...