Adenovirus: Seorang lagi masuk ICU

on 20 March 2011

KUALA LUMPUR - Seorang lagi pelatih inspektor lelaki Pusat Latihan Polis (Pulapol) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam akibat jangkitan Adenovirus.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebook memaklumkan sebelum ini, seorang pelatih konstabel lelaki dan dua pelatih inspektor wanita masih dirawat di unit itu, menjadikan jumlah yang dimasukkan ke ICU empat orang berbanding tiga kelmarin.

Menurut laman itu, jumlah pelatih yang dirawat di HKL ialah 24 orang iaitu sembilan pelatih inspektor lelaki, 11 pelatih inspektor wanita dan empat pelatih konstabel lelaki manakala jumlah mereka yang dikuarantin ialah 347 orang - Kosmo

Penyakit baru plak.. Hati-hati semua. Dah macam-macam benda berlaku kebelakangan ni.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...