Semakan permohonan ke Politeknik KPT Sesi Julai 2011

on 26 May 2011

Berikut ialah semakan permohonan ke politeknik sesi julai 2011.

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat sijil, diploma  dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Julai 2011.

Politeknik KPT menawarkan program pengajian di peringkat diploma dan diploma lanjutan termasuk program sijil kemahiran kepada calon berkeperluan khas. Ketika ini terdapat sebanyak 54 program peringkat diploma dan 4 program peringkat diploma lanjutan ditawarkan di 27 politeknik seluruh negara.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 51,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan pelajar berkepeluan khas (masalah pendengaran) lulusan Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program tersebut.

Kategori Politeknik

Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :

Politeknik Premier

Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.

Politeknik Konvensional

Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

Politeknik Metro

Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.

Syarat Permohonan

Cara Permohonan

Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 3 katergori.

Permohonan UPU

Permohonan Terus

Permohonan Khas

  • Pemohon Berkeperluan Khas (Masalah Pendengaran) adalah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.
  • Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas (KPM) dan dihantar kepada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Sila rujuk Permohonan ke Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Julai 2011 akan ditutup pada 4 April 2011.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan ke Politeknik KPT sesi Julai 2011 akan diumumkan pada :
    • 22 Mei 2011 untuk Program Diploma, Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik, Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekatronik.
    • 4 Julai 2011 untuk Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik(Perubatan) (AEU) dan Diploma Lanjutan Rekabentuk dan Pembuatan Automatif (AAD)

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8883 5858 atau Talian Am 03 8883 5801 / 5802 atau e-mel :upu@mohe.gov.my atau layari laman web UPU.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Terus dan Khas boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03 8939 4058 / 4103 / 4104 / 4105 / 4106 / 4107 / 4108/ 4109 atau e-mel : pengambilan@politeknik.edu.my atau layari laman web Politeknik.

Sumber : 2 day blogger
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...