To'ki Bukan Peminta Sedekah

on 23 Mei 2012

To'ki bukan peminta sedekah! Semalam aku keluarkan artikel toki sekarang peminta sedekah berdasarkan sumber forum cari. Aku pun sebenarnya agak ragu-ragu dengan dakwaan ahli forum tu yang mengatakan dia nampak toki minta sedekah di pasar borong selayang. Tapi hari ni di mstar online, to'ki menafikan kenyataan yang beliau sekarang ialah peminta sedekah.

to'ki bukan peminta sedekah

Kata to'ki tentang isu ini di mstar online :

Saya masih ada kudrat yang diberikan oleh allah untuk bekerja dan mencari sesuap nasi tanpa perlu meminta sedekah daripada orang ramai. Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu.

To'ki tak menafikan yang dia selalu pergi ke pasar borong selayang sebab dekat dengan rumahnya dan kerap ke sana untuk bersarapan bersama rakan-rakan. Untuk makluman, to'ki jugak menafikan tuduhan yang beliau ialah penagih dadah di kawasan itu.

Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat? Dan kalau saya nafikan saya bukan penagih dadah di kawasan itu, bukan orang nak percaya. Jadi, tangkap saja saya jika ternampak kelibat saya selepas ini dan serahkan kepada polis untuk buat ujian air kencing.

Diharapkan to'ki dapat bersabar dengan segala tuduhan ini. Agak pelik jugak sebenarnya tuduhan terhadap to'ki ni sebab saksi bukan seorang. Tapi berdasarkan penjelasa to'ki ni, aku rasa ada kemungkinan mereka-mereka yang mendakwa nampak to'ki minta sedekah tu sebenarnya pelanduk dua serupa. Cuma individu yang wajahnya seakan-akan to'ki. 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...