Jangan amalkan sikap suka tangguh-tangguh

on 20 March 2011

Arini aku dapat keizinan dari nenek untuk turun town. Pasal nak tuka spek mata aku nih. Dekat 2 tahun tak check. Risau gak kalau-kalau power bertambah. Sampai je kedai cermin mata, terus buat check-up. Dah pot pet pot pet bagai, tokey kedai deal sama aku kul 2 lebeh kang baru spek aku siap. Arghh...

Ni pasal perangai suka tangguh-tangguhla ni. Patutnya awal pagi lagi aku dah keluar. Pasal sibuk layan video lagu, melalak bagai, kul 11 lebih baru aku gerak. Serius bazir masa. Patutnya sekarang aku dah published dalam 2,3 entri beberapa jam ni. Hish..

Apa yang aku nak tekan kan kat sini, janganler ikut perangai suka tangguh-tangguh macam aku ni.. Serius nanti kita rasa rugi. Biarkan masa berlalu macam tu je memang wasted.. Kalu blog ni pulak, dapat je idea jangan amalkan sikap suka tangguh-tangguh. Dapat je idea terus berusaha keras untuk kembangkan idea tu then terus update. Kalau tak idea tu mesti basi, kita pun rasa idea tu tak best lagi dah.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...