Macam mana nk dapatkan idea tu??

on 20 March 2011

Idea ni dalam pandangan aku ada 2 jenis. 1st idea yang muncul sekali lalu yang mana rugi kita biarkan atau simpan-simpan. 2nd, idea yang kita kena fikir dulu.

Persoalan dia sekarang, macam mana nak dapatkan idea tu? Macam mana macam mana?? Paling penting sekali bagi aku, jangan sempitkan minda. Buka minda, buka mata luas-luas.. Kalau kita sempitkan fikiran kita, kita kadang-kadang tak perasan apa yang kita tengok, apa yang kita rasa tu boleh dijadikan idea. Yang ni menyumbang kepada idea muncul sekali lalu tu.

Selain itu banyakkan membaca, rajin-rajin merayau. Merayau bukan takat kat blog je. Kalau kita fikir betul-betul, ada banyak tempat sebenarnya. Then kita rumuskan apa yang kita baca tu jadi 1 persoalan. Dari situ kita dapatkan jawapan. Yang ni pulak meyumbang pada idea yang kita kena fikir dulu.

Takde alasan sebenarnya. Melainkan otak kita tak dapat nak proses apa-apa idea lagi. Tang ni lain cerita. Kalau kena macam ni, jangan paksa diri. Keluar merayau ke, tido ke, main game ke, bersosial dengan member ke untuk rehatkan minda tu. Okeh???
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...