Penyakit mata : Katarak

on 20 March 2011

Settle lepak mapley, terus aku pergi kedai spek tu balik. Hah siap sudah spek aku. Kalau tak punyala seksa aku nak melihat. Kabur je. Cikgu sekolah aku ada gak kat mapley tadi pun aku tak nampak. Member aku 30 kaki dari belakang pun aku tak nampak. Huh..

Sebut pasal mata ni, korang pernah tak pasal penyakit mata, katarak? Katarak ni selaput kat mata kita tu. Faktor usia (tak kira tua atau muda), kencing manis, cahaya UV, merokok, atau keturunan punca penyakit katarak ni.


Bila selaput ni makin tebal, makin kabur penglihatan. Silap-silap boleh buta. Ya allah tang buta tu mintak disimpangkanla.. Tadi aku google jap pasal katarak ni sebab nak tahu simptom dia. Kalau korang ada simptom macam kat bawah ni, ada kemungkinan korang sudah kena katarak mata.

  • Penglihatan kabur
  • Warna jadi kelabu
  • Silau dengan cahaya lampu waktu malam 

Korang ada simptom macam kat atas? Better pergi buat check-up, operate terus. Takda cara lain nak buang selaput tu selain operate. Jangan tangguh sebab makin tebal katarak, makin berisiko bila operate. Kalau nak tahu lebih lagi pasal katarak ni, klik sini
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...