Review : Penulisan blog yang berjaya

on 17 Oktober 2010



Penulisan blog yang bagus bagi kid bila kid baca entri seseorang tu, kid rasa seolah-olah tuan empunya blog sedang berbual-bual dengan kid. Macam kita berbual bila lepak kedai makan dengan member-member kita tu. Rasa macam dah berkawan lama walhal tak kenal langsung pun.

Memang bukan mudah untuk capai tahap penulisan macam ni. Serius beb. Kalau entri diaorang ni sedih, bila kita baca, kita pun rasa sedih silap-silap kita pulak menangis. Kalau entri diaorang ni happy, tak pasal-pasal pulak kita rasa happy tak tentu pasal.

Bila diaorang ajar something dari post diaorang, tak semena-mena kita rasa macam ada cikgu sambil pegang rotan ada kat depan kita. Secara automatiknya tiba-tiba kita fokus. Bapak hebat ah!

Jadi sini kid nak kongsi dengan korang, 3 blog yang teramat bagus kualiti penulisan dia :

Realiti konspirasi


Ada apa dengan Realiti konspirasi?

Blog ni kategori personal blog. Tapi jangan sangka Realiti konspirasi ni just another personal blog ok. Baca penulisan dia, barulah korang faham kenapa kid kata best. Penyampaian melalui penulisan dia bagi kid unik. Walaupun dia bahasakan diri dia 'aku' , 'guwa', 'lu' kid tak rasa pun penulisan dia ni tak mesra. Setiap entri dia memang menarik untuk dibaca. Sumpah!

Justkhai



Ada apa dengan justkhai?

Blog kategori personal dan tutorial. Bagi blogger tegar dan pembaca-pembaca blog, kid tak tahu nak cakap apa kalau korang tak kenal justkhai. Dia ni antara top blogger yang pernah wujud kat malaysia ni mengikut statistik Alexa and Technorati. Bukti ada kat sini. Dia ni adalah founder bagi oh! artis , oh! tidak and berlambak lagi. Kalau nak tahu lagi apa blog kelolaan dia, klik sini. Kerana penulisan dia lah, ramai orang nak ada blog. Kerana penulisan dia lah, ramai yang plagiat entri dia. Kerana penulisan dia lah, blog dia masuk paper. Walaupun banyak entri dia yang panjang-panjang, kid tak rasa boring nak baca. Susah nak cakap betapa hebatnya penulisan dia ni. Baca sendiri and korang akan tahu. Kid memang rekomen korang baca blog ni!

Ariffshah



Ada apa dengan ariffshah?

Nak cakap apa lagi? Personal dan tutorial ialah kategori blog ni. Penulisan yang simple, tapi penuh dengan informasi. Kid suka sangat baca blog ariff ni. Lagi-lagi bila dia ajar tentang SEO. Kredibiliti dia takkan boleh dipertikaikan kerana pageview dah cecah 1 juta. Penulisan ariffshah ni, dia buat something yang kompleks nampak simple dan mudah untuk dicerna minda kita. Bila kid baca, kid rasa relaks je. Bagi kid,
penulisan ariffshah sememangnya 1 penulisan yang hebat!


Kid amat sarankan korang check out 3 blog di atas, tak kiralah ada blog atau tak. Kalau tanya kenapa penulisan diaorang memang hebat sampai ke tahap ni, jawapan kid : ini lah penulisan kerana minat. Banyak yang kita boleh belajar dari mereka ni. Serius! Kalau korang rasa ada lagi blog-blog yang bagus untuk dibaca, share la sama-sama ya. Boleh kita kongsi sama-sama.

* picture : praesentire
Ranking: 5

{ 4 ulasan... read them below or add one }

wannurfazrini berkata...

my favourite is Zack Zuhairi :D


17 Oktober, 2010
Akidazami berkata...

jgn lupe check juga justkhai n ariff :)


17 Oktober, 2010
XYZ berkata...

tiga2 tu mmg best dan unik =)


18 Oktober, 2010

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...