Perubahan?

on 04 November 2010

Lepas je habis waktu bekerja tadi, kid pun terus gerak ke bus stop. Jalan cepat-cepat sebab taknak terlepas bas. Tengah-tengah berjalan tu, terpandang lah 1 kedai ni yang dulunya sebuah kedai komik. Sekarang ni dah jadi kedai makan? Masa tu jugak kid terpaku sekejap. Teringat masa balik masa dulu. Most of my time when i was a high school student, kid memang selalu bertandang kat kedai ni.

*sorry pic takda. Huhuh.

Masa ni rasa pelik and macam rasa sayu, kecewa pun ada bila teringat balik kenangan lama. Bila duit cukup je, kid memang tak spent pun kat benda lain. Semuanya kid laburkan dengan beli komik kat kedai ni. Tapi bila tengok perubahan ni, 1 perasaan tak menyenangkan timbul.

Terdetik dalam fikiran yang perubahan ni 1 fasa yang mungkin memberi faedah atau pun mungkin tak. Tak dinafikan perubahan tu memang perlu tapi sejauh mana kepentingannya?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...