Ciri-ciri blogger berjaya

on 19 Februari 2011

Hasil pemerhatian aku selama beberapa bulan, aku dapat kesan ciri-ciri yang buatkan blogger tu berjaya. Jadi aku dengan rasa gembira nak berkongsi dengan korang apa yang aku dapat dari pemerhatian aku. Patut kita ikut ciri-ciri ni kalau memang nak serius dengan blog.


Menaip tak henti-henti : Apa yang aku perasan, banyak blogger yang berjaya sebenarnya bermula dengan menaip tak henti-henti. Menaip walaupun takda idea. Menaip walaupun fikiran dah letih. Menaip walaupun rasa nak muntah sebab asyik menaip. Menaip walaupun dah fedup menaip. Dan tak akan berhenti menaip.

Atas sebab ni jugak kalau kita tengok archieve blog blogger tu, beratus-ratus entri ada. Teringat aku pada pesan dari blogger yang berjaya sekarang ni - Menulis tu satu latihan. Orang mungkin akan kata 'gila' bila tengok archieve dia tapi ada logiknya. Memang betul.


Cuba bandingkan entri masa kita mula-mula start blogging dengan entri baru kita. Nampak tak perbezaan dia?



Never say 'die' : Maksudnya tak akan mengalah. Semangat memang kental punya. Kesabaran diaorang tinggi. Diaorang tahu kejayaan takkan datang lepas post 1 entri. Diaorang tahu diaorang perlu buat lebih dari tu. Diaorang takkan 'jatuh' kerana ada musuh dalam selimut. Diaorang takkan 'jatuh' kalau entri tak dapat sambutan. Diaorang takkan 'jatuh' kalau trafik tak tinggi. Diaorang takkan 'jatuh' kalau strategi tak menjadi.

Never say 'die' tak pernah dan tak akan wujud dalam fikiran diaorang.


Strategi : Apa yang aku nampak diaorang sentiasa set objektif dan perancangan untuk blog diaorang. Sentiasa ada perancangan dan diaorang sentiasa stick pada objektif dan perancangan yang dah dirancang. Promosi pun masuk dalam strategi ni.

Contohnya macam mana nak buat pembaca datang dan terus datang ke blog diaorang. Macam mana nak gunakan 1 pembaca tu untuk dapatkan lagi ramai pembaca baru. Kalau gagal? Takda hal punya. Diaorang akan fikir strategi baru. Strategi sentiasa ada. 

Setiap entri 'berisi' : Tak kiralah entri tu panjang atau pendek. Entri diaorang sentiasa ada 'isi'. 'Isi' yang aku maksudkan bukan setakat pasal tips/tutorial blog, tapi apa-apa je yang bermanfaat untuk pembaca.

Lepas pembaca baca, mesti akan keluar ayat, "Wow!" "Perghh!" "Gila ah!" "Haha kelakarlah!" "Terbaik!"


Mengkaji dan rancang tak henti-henti : Diaorang sentiasa perhati dan kaji dengan teliti apa yang pembaca nak. Diaorang akan sentiasa kaji statistik untuk dapatkan maklumat pasal pembaca (dari mana pembaca tu datang, apa yang pembaca tu cari) dan untuk diaorang rancang strategi blog diaorang.

Lepas tu diaorang rancang entri diaorang dari A-Z (jenis entri, panjang atau pendek, gambar yang sesuai, masa untuk published entri tu, target pembaca) Ya diaorang memang teliti dan sentiasa berhati-hati sebab kepuasan pembaca jadi top priority.


Duit bukan sebab utama :  Er nak ulas lagi ke pasal ni?


Tak kedekut taik hidung masin : Diaorang pemurah. Pemurah dari segi apa? Tips dan trafik! Tanpa kira blogger tu baru atau lama diaorang sanggup berkongsi! Siapa yang selalu buat macam ni? Aku rasa korang tahu siapa .. kan?

                                                          +++++++++++++++++++

Fuh.. Sekarang tinggal nak pratikkan je lah cara ni kat kita pulak..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...